
Dah Pernah Ke Turki dan Nak Datang Lagi? Jom ke Black Sea! Route Rare yang Sangat Cantik dan Menarik
agensi berlesen & diyakini







Pakej Black Sea 7 Hari 6 Malam
Ini adalah pakej Open Trip santai! Jom ke Black Sea yang sangat cantik, ibarat Switzerland.
- 7 Hari 6 Malam
- Route Menarik
- Open Trip
- 3 Musim
Itinerari
Tak ramai lagi yang explore Black Sea ni. Jangan lepaskan peluang untuk jadi yang terawal menikmati kecantikan Black Sea!
Hari 1
KLIA – ISTANBUL (--, --, --) Free and Easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan di disambut oleh Tour Leader dan akan di bawa ke Hotel. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej). Bermalam di Istanbul
Hari 2
ISTANBUL – TRABZON - SURMENE (SP, --, --) Selepas bersarapan kita akan menaiki penerbangan domestik ke Kota Trabzon selama 2 jam perjalanan Kita akan akhiri perjalanan dengan makan malam di sekitar kawasan hotel dan kemudian berehat dan check in di hotel tepi bukit sekitar Surmene dengan view laut hitam yang sangat mengagumkan.
Hari 3
SURMENE - TRABZON (SP, --, --) Selepas bersarapan, lawatan ke Sumela Monastry. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Perjalanan diteruskan ke Pergunungan Zigana dan melihat permandangan luar biasa yang sangat cantik Seterusnya kita ke kawasan tanah tinggi di Hamsikoy dan menikmati manisan yang terkenal iaitu rice pudding (sutlacOptional) yang dibuat oleh penduduk tempatan. Ia hanya menggunakan susu yang segar dan organik bersama dengan daging kambing yang sangat lembut dan sedap. Kita akan menziarahi Masjid Hagia Sofia (Trabzon) yang merupakan bekas gereja yang dibina pada abad ke 13 dan masih mengekalkan seni bina asal yang unik dan melawat Kemeralti Bazaar Bermalam di Surmene.
Hari 4
SURMENE - UNGOL - CAMLIHENSIN (SP, --, --) Menuju ke Lembah Uzungol. Uzungol mempunyai pemandangan yang menakjubkan, dan menyajikan keindahan semula jadi. Kita akan melawat Kilang Teh tempatan dan melihat penghasilan serbuk teh yang baru di proses. Kawasan laut hitam merupakan pengeluar terbesar teh di turki disebabkan bentuk muka bumi dan cuaca yang sesuai untuk penanaman teh Selepas selesai kita akan melawat dataran tinggi Ayder dan Zirkale Antara aktiviti yang menarik di kawasan ini adalah Water Rafting dan Zipline (pilihan). Anda akan diberikan masa bagi yang ingin mencuba. Kita akan akhiri perjalanan dengan makan malam di sekitar kawasan hotel dan kemudian berehat dan check in di hotel tepi bukit sekitar Camlihemsin dengan view laut hitam yang sangat mengagumkan.
Hari 5
CAMLIHENSIN - AYDER (SP, --, --) Pada pagi hari kita akan menikmati pemandangan yang luar biasa di lembah di Ardesen sambil sarapan di hotel. Selepas itu kita akan menuju ke Tanah Tinggi Pokut dan Sal (pilihan) yang dikatakan pemandangan seolah berada di kota Switzerland. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Jika perjalanan tidak di izinkan, kita akan bersiar-siar di area Rize. Setelah itu kita akan makan tengah hari dan menuju ke Lapangan Terbang Trabzon untuk bertolak pulang ke Istanbul dan bermalam di Istanbul.
Hari 6
ISTANBUL (SP, --, --) Selepas sarapan pagi, kita akan berjalan sambil membeli belah di Kapalı Çarşı (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh Seterusnya ke Spice Bazaar Pada belah petang, kita akan menaiki Cruise merentasi Selat Bosphorus (Group Tour) selama 1 jam 30 minit. Bermalam di Istanbul.
Hari 7
ISTANBUL - PULANG (SP, --, --) Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.
Pengalaman Sejak 2013
Jejak Vacation bermula dengan Jejak Uthmaniyyah ketika kami menetap di Turki pada tahun 2013 lagi. Kami berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.
Tour Guide Berpengalaman
Kami memiliki tim tour leader terlatih yang siap melayani Anda. Banyak peserta memberikan feedback positif tentang tour guide kami yang ramah dan sangat membantu.
Termasuk Penerbangan Domestik
Untuk keselesaan anda, kami masukkan sekali 2 kali domestic flight sepanjang trip ini. Kurang letih dan jimat masa!
Itinerari Menarik
Laut Hitam ni, bukan setakat cantik. Tapi rasa dia lain. Tenang, sejuk, hijau. Memang rasa macam dalam syurga dunia!
Tiada bayaran tersembunyi
Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semak senarai perkara yang termasuk dan tidak termasuk.
Group Kecil
Rasa lebih eksklusif dalam group kecil. 12 orang saja tau! Bukan rombongan cik kiah.

Pakej Termasuk
- Tiket Penerbangan KUL - IST
- Tiket Penerbangan Domestik
- Penginapan Selesa 6 Malam
- Kenderaan Selesa (Merc Sprinter)
- Tour Guide Profesional
- Sarapan
- Airport Transfer
- Tempat Lawatan (Sumela Monastry & Cruise)
Pakej Tidak Termasuk
- Trip ke Tanah Tinggi Pokut dan Sal (40 USD/ Pax)
- Makan tengah hari & makan malam
- Tip untuk pemandu [mengikut budi bicara tetamu]
- Tiket lawatan yang tidak dinyatakan
- Takaful kembara

Giliran Anda Untuk Melihat Sendiri Keindahan Black Sea
Black Sea terkenal dengan pelbagai destinasi yang sangat cantik dan indah. Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan terindah bersama yang tersayang.
Dapatkan Konsultasi dan Jom ke Black Sea!
Tarikh dan Slot Adalah Terhad. Dapatkan Itinerari Sekarang!
Isi Borang di Bawah
Kami akan hantarkan itinerari di whatsapp anda setelah anda isi borang ini.
