
Tercari-cari pakej Balkan yang selesa, santai dan lengkap? Jom ke Balkan dengan Jejak.
agensi berlesen & diyakini







Pakej Balkan 9 Hari 6 Malam
Banyak pakej yang tawarkan Balkan dengan 5 -9 negara. Penat, rushing dan touch n go! Join trip Balkan kami yang cover Bosnia dan Croatia
- 8 Hari 6 Malam
- Fullboard
- 20 Pax Sahaja
- Bukan Touch n Go
Mengapa Anda Patut ke Balkan Dengan Jejak?
Itinerari Menarik
Kami susun itinerari ini dengan banyak tempat menarik setelah beberapa kali siri lawatan ke sana. InsyaAllah pasti seronok!
Kumpulan Kecil
Kurang selesa bila trip ramai sangat ? Pakej kami bukan 40 orang, dan bukan 30 orang, tapi hanya terhad untuk 20 orang sahaja satu trip. Menarik kan?
Pakej Lengkap
Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.
Makanan Halal
Makanan memang sedap! Kami akan bawa anda merasai makanan tradisi Balkan yang sedap dan unik! Yang penting kami pastikan ia benar benar halal.
Tiada bayaran tersembunyi
Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.
Tempat Menarik
Selain dari tempat dengan tarikan alam, kami bawa juga ke tempat yang menyimpan sejarah mereka seperti Museum Tunnel of Hope dan lain lain lagi. Menarik untuk tahu sejarah mereka
Hari 1
KLIA – SARAJEVO (MOB) Berkumpul di KLIA empat jam sebelum masa penerbangan Berangkat ke Lapangan Terbang Sarajevo
Hari 2
Setelah tiba di Lapangan Terbang Sarajevo, bergantung kepada masa arrival, anda akan terus makan tengah hari atau makan malam dan berehat di Hotel Sarajevo. Jika ada masa lapang, anda bebas berjalan di sekitar Bascarsija pada waktu malam. Bermalam di Sarajevo.
Hari 3
SARAJEVO (SP, MT, MM) Di Sarajevo, kita berehat untuk makan tengahari dan akan melawat Muzium tunnel of Hope yang menceritakan kisah pengepungan semasa perang 1993 - 1995. Peristiwa genocide ini mempunyai penglibatan Malaysia dalam membantu Negara Bosnia. Setelah itu kita akan melawat Spring of Bosna yang memperlihatkan keindahan semula jadi di taman tersebut dan air mata air di sana. Seterusnya kita akan melawat di sekitar Old Town Bascarsija yang pernah gemilang satu masa dahulu sebagai pusat perdagangan. Di sana kita akan melawat Masjid Gazi Husrev Bey (di bina pada tahun 1530 M di era Uthmaniyyah) dan melihat kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan makanan menarik . Kita akan bermalam di Sarajevo.
Hari 4
SARAJEVO – TRAVNIK - JAJCE - MOSTAR (SP, MT, MM) Selepas sarapan dan check out, kita akan ke Travnik. Travnik adalah bandar kecil yang wujud ketika era uthmaniyyah dan kita akan melawat Plava Voda Spring. Dalam perjalanan ke bandar Jajce, kita singgah sebentar di Masjid Malaysia. Masjid ini diberi nama sedemikian kerana tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu mereka dalam perang saudara tahun 1993. Kita akan berhenti untuk makan tengahari Kemudian kita akan meneruskan perjalanan ke Pliva Waterfall, sebuah air terjun besar yang mengkagumkan. Kemudian kita akan ke Tasik Pliva yang berdekatan dengan kincir air kayu yang menjadi landmark Bosnia. Seterusnya, kita akan bertolak ke Mostar melalui Jablanica dan kita akan makan malam menu kambing golek di sana. Bermalam di Mostar.
Hari 5
MOSTAR - BLAGAJ - KRAVICA WATERFALL - POCITELJ (SP, MT, MM) Selepas bersarapan, kita akan ke Jambatan Mostar yang teguh berdiri selama hampir 400 tahun sebelum musnah dalam peperangan tahun 1993. Masjid Koski Mehmed Pasha juga akan kita kunjungi sebelum bergerak ke Blagaj. Seterusnya kita akan ke Blagaj, dan melawat Rumah Tekke (Rumah Sufi) dan merasai ketenangan di sana. Bagaikan di alam fantasi, pemandangan Spring of Buna memang cantik dan anda bebas untuk mengambil gambar di sana. Kemudian kita akan melawat Kravica Waterfall dan anda bebas berjalan dan bermain air di sekitar itu. Di akhir perjalanan, kita akan melawat ke Kubu Pocitelj, kawasan perkampungan yang wujud sejak era Uthmaniyyah di sana (kurun ke-15). Bermalam di Mostar.
Hari 6
MOSTAR - DUBROVNIK - MOSTAR (SP, MT, MM) Selepas bersarapan, kita akan menuju ke Dubrovnik yang terkenal dengan nama ‘Pearl of the Adriatic’ di Crotia. Old City Dubrovnik ini mempunyai senibina yang unik dan dilindungi di bawah UNESCO. Kota lama ini juga terkenal dengan tempat penggambaran Filem Game of Throne. Kemudian, kita akan melawat sekitar kota lama ini dan singgah ke Masjid untuk solat di dalam kota lama ini. Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki boat dan merasai sendiri Oyster fresh dari laut (40 Euro). Kemudian kita akan pulang ke Mostar dan bermalam di sana
Hari 7
MOSTAR - OLYMPIC MOUNTAINS - SARAJEVO (B, MOB) Selepas bersarapan, kita akan terus menuju ke Olympic Mountains Bjelasnica, Igman dan Trebevic. Semua gunung ini mempunya keindahan tersendiri dan merupakan tempat pertandingan Olympic pada tahun 1894 dahulu. Kita akan berjalan dan bergambar di sekitar Gunung-gunung ini. Anda juga berkesempatan untuk melawat Sunnyland yang mempunyai pelbagai aktiviti untuk kanak2 dan jika berminat, anda boleh mencuba Alpine Roller Coaster di sana. Bermalam di Sarajevo.
Hari 8
SARAJEVO AIRPORT - KLIA (B, MOB) Pagi ini kita akan bersarapan dan checkout dan bersedia untuk pulang. Berangkat ke Sarajevo Airport untuk penerbangan ke KLIA
Hari 9
KLIA (MOB) Tiba di KLIA. Trip tamat dengan membawa memori indah sepanjang trip

Pakej Termasuk
- Flight Pergi & balik dengan elaun bagasi
- Bas sewa khas sepanjang trip
- Hotel 4 bintang atau setaraf untuk 6 malam
- Tipping
- Makan tengahari kambing golek Bosnia
- Tiket lawatan
- Tour guide muslim
- Sarapan (SP) , makan tengahari (MT) & makan malam (MM)
Pakej Tidak Termasuk
- Perbelanjaan peribadi
- Porter (tukang angkat beg)
- Takaful Kembara
- Aktiviti Pilihan

Harga Pakej
Setiap musim ada kelebihannya, oleh itu kami menyediakan pelbagai pilihan tarikh untuk anda.
Kenangan Tetamu Kami
Bayangkan anda juga menikmati keindahan bumi Bosnia yang kaya sejarah dan banyak tempat menarik.
Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Konsultasi Percuma
Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.

Jejak Vacation
Travel Advisor
Dah sedia untuk Travel? Jom isi borang di bawah!
Kami sedia membantu anda dalam memilih destinasi tujuan anda. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan mengisi borang ini.
Ya, saya sudah bersedia!
Happy Traveller

Respon Selepas Travel
Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.

