
Cipta Kenangan Indah di Bumi Morocco yang Penuh Berwarna-Warni
agensi berlesen & diyakini






Pakej Morocco Grand Tour 10 Hari 7 Malam
Tercari-cari pakej percutian ke Morocco yang paling lengkap dan memuaskan? Pakej Morocco Grand Tour adalah jawapannya!
- 10 Hari 7 Malam
- Fullboard
- 25 pax Sahaja
- Itinerari Menarik
Kenapa Anda Perlu ke Morocco dengan Jejak ?
Anda akan terpesona dengan kecantikan Morocco , dan keenakkan makanannya.
Bermalam di Gurun Sahara
Rasai sendiri pengalaman unik menunggang unta dan bermalam di gurun berpasir yang terbentang luas.
Menjamu Makanan Tempatan yang Sedap
Anda mungkin tak sangka, makanan Morocco memang sedap. Kami akan bawa anda merasai makanan tradisi Morocco yang lazat dan unik!
Pakej Lengkap
Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.
Itinerari Menarik
Di setiap lokasi di Morocco yang kami bawa, ada tarikan tersendiri. Pasti membuatkan anda tertarik dan gembira!
Tiada bayaran tersembunyi
Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.
Keindahan Seni Bina
Morocco terkenal dengan keindahan senibinanya. Seni binanya mencerminkan geografi yang pelbagai dan sejarah panjang Morocco.
Hari 1
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum penerbangan. Penerbangan dari KLIA ke Casablanca Airport. (MOB)
Hari 2
Tiba di Casablanca Airport dan berjumpa dengan pemandu pelancong tempatan. Kita akan melawat ke Masjid Hasan Sani, masjid terbesar yang masih berfungsi di Afrika. Seterusnya bergerak ke Muhammad V Square untuk bergambar. Seterusnya kita akan bertolak ke hotel untuk makan malam dan bermalam di Marrakech. (L,D)
Hari 3
Setelah sarapan pagi dan check-out hotel, kita akan melawat Bandar Marrakesh untuk melihat Istana Bahia. Kemudian, kita bergerak pergi ke Berber Pharmacie, kedai yang dipenuhi dengan rempah ratus, herba dan produk semula jadi yang lain. Kita akan ke Masjid Koutobia sebelum menuju ke Jemaa El Fna serta Souq untuk berbelanja. Bertolak ke hotel untuk makan malam. Bermalam di Marrakech. (B,L,D)
Hari 4
Pagi ini kita akan bertolak ke Ait Ben Haddou merentasi banjaran Atlas. Kemudian kita akan menuju ke Ksar of Ait Ben Haddou, untuk melihat senibina tanah liat sebelum bergerak ke Ouarzazate dan Atlas Mountain yang mempunyai beberapa mercu tanda yang menarik untuk bergambar. Bertolak ke hotel untuk akan malam. Bermalam di Boumalne Dades. (B,L,D)
Hari 5
Selepas sarapan, kita akan bertolak ke Todra Gorge, di mana terdapatnya beberapa sungai batu kapur. Kemudian, kita akan menuju ke Berber Village untuk bergambar sebelum bergerak ke Fossil Shop di Erfoud untuk berbelanja. Seterusnya, kita akan bergerak ke Merzouga, sebuah padang pasir dan akan menaiki unta atau Jeep ke khemah untuk stargazing dan campfire. Bermalam di Merzounga. (B,L,D)
Hari 6
Trip hari ini adalah lawatan ke Ziz Valley sebelum bertolak ke Midelt untuk makan tengahari. Kita akan bergerak ke Ifrane, sebuah bandar yang cantik di Morocco sebelum bertolak ke hotel untuk makan malam. Bermalam di Fes.(B,L,D)
Hari 7
Setelah sarapan pagi, anda boleh memilik untuk melawat Royal Palace Fes atau Dar el Makhzen, sebelum ke Burj Al Janubi untuk bergambar. Kemudian, kita akan ke Universiti Al-Qarawiyyin sebelum menuju ke Kota Lama Fes untuk berbelanja. Bertolak ke hotel untuk makan malam. Bermalam di Chefchouen. (B,L,D)
Hari 8
Selepas sarapan pagi di hotel, kita akan bertolak ke Old Medina of Chefchouen serta Blue City of Chefchouen. Kita akan menuju ke Place el Houta ae untuk bersiar-siar sebelum ke Rabat. Seterusnya, kita akan melawat Kasbah Oudaya dan Mousaleum of Mohammed 5, serta Hassan Tower Mosque sebelum bertolak ke hotel untuk makan malam. Bermalam di Casablanca. (B,L,D)
Hari 9
Setelah sarapan, anda akan diberikan pilihan untuk melakukan aktiviti bebas, free and easy. Bertolak ke KLIA untuk pulang ke tanah air. (B,MOB)
Hari 10
Tiba di Kuala Lumpur International Airport. Trip tamat.

Pakej Termasuk
- Penerbangan Pergi dan Balik
- Penginapan Selesa
- Pengangkutan Selesa
- Makan 3 Kali Sehari
- Bermalam di Luxury Tent
- Tour Guide (Professional Morocco)
- Tour Leader Malaysia
- Tiket Lawatan
Pakej Tidak Termasuk
- Takaful Kembara
- Belanjawan peribadi
- Tukang angkat beg
- Aktiviti Pilihan

Harga Pakej
Setiap musim ada kelebihannya, oleh itu kami menyediakan pelbagai pilihan tarikh untuk anda.
Jom Dapatkan Konsultasi Daripada Kami
Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.

Jejak Vacation
Travel Advisor
Dah sedia untuk Travel? Jom isi borang di bawah!
Kami sedia membantu anda dalam memilih destinasi tujuan anda. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan mengisi borang ini.
Ya, saya sudah bersedia!
Happy Traveller

Respon Peserta Morocco dengan Jejak
Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.
Trip yang menarik dan sesuai untuk wargaemas seperti saya. Secara keseluruhannya terbaik. Terima kasih Jejak!
Tuan Rozlan Abdul Jalil
Tetamu Morocco Grand Tour Feb 2024
Terima kasih Jejak untuk arrangement yang baik, selamat, juga efficent. Solat dan makan diatur dengan baik, itinerari juga menarik.
Tuan Zambri Idris
Tetamu Morocco Grand Tour Mei 2024