
Tercari-cari Pakej Turki Full Board Tanpa Cas Tersembunyi? Jom sertai pakej kami!
agensi berlesen & diyakini







Apa Kata Peserta Trip Turki Kami ?
Lebih 200 " 5 star review di Google! InsyaAllah trip selesa untuk semua , tanpa kos tersembunyi.



Pakej Turki Klasik 9 Hari 7 Malam
Kami susun pakej ini tanpa kos tersembunyi. Sesuai untuk anda semua
- 9 Hari 7 Malam
- Fullboard
- Open Group
- 3 Kali Makan
KENAPA PERLU KE TURKI DENGAN JEJAK?
Kami telah membawa lebih 500 rombongan ke Turki sejak 2013 dan mengusasi selok belok perjalanan bagi membolehkan anda tidak perlu risau lagi sepanjang perjalanan.
Pengalaman Sejak 2013
Jejak Vacation bermula dengan Jejak Uthmaniyyah ketika kami menetap di Turki pada tahun 2013 lagi. Kami berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.
Tour Guide Berpengalaman
Kami memiliki tim tour leader terlatih yang siap melayani Anda. Banyak peserta memberikan feedback positif tentang tour guide kami yang ramah dan sangat membantu.
Pakej Lengkap
Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.
Itinerari Menarik
Di setiap negeri di Turki yang kami bawa, ada tarikan tersendiri. Pasti membuatkan anda tertarik dan gembira!
Tiada bayaran tersembunyi
Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.
Tempat Menarik
Kami akan bawa anda merasai sendiri pelbagai budaya dan tempat yang menarik di Turki. Jom jalan jalan Turki bersama Jejak.
Hari 1 - KLIA
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum penerbangan. Penerbangan dari KLIA ke Istanbul Airport. [MOB]
Hari 2 - Tiba di Turki
Merhaba! Tiba di Istanbul dan berjumpa dengan pemandu pelancong tempatan. Kita akan terus berangkat ke Bursa. Check-in dan bermalam di Bursa. [D]
Hari 3 - Bursa
Sarapan pagi dan check-out hotel . Pagi ini kita akan menziarahi Masjid Besar Bursa. Jika masa mengizinkan, boleh membeli belah di Koza Han Silk Bazaar. Setelah itu melawat makam pengasas Turki Uthmaniyyah iaitu Osman Ghazi di Tophane. Berangkat ke Pamukkale. Check-in dan makan malam di Pamukale. [B/L/D]
Hari 4 - Pamukkale
Sarapan pagi di hotel. Pagi ini kita akan membeli belah di kedai manisan Turki. Setelah itu, melawat Kota Lama Hierapolis. Di sana kita akan dapat melihat Byzantine Gate, Ancient Roman Theatre, Antique Pool dan kolam air panas. Seterusnya berpeluang membeli belah di Textile Outlet. Pulang dan makan malam di hotel Pamukale. [B/L/D]
Hari - 5 Sultanhani Caravanserai
Pagi ini selepas sarapan dan check-out hotel, bertolak ke Cappadocia. Dalam perjalanan, singgah di Sultanhani Caravanserai yang menjadi tumpuan persinggahan para pedagang dahulu kala. Makan malam dan check-in hotel di Cappadocia. [B/L/D]
Hari 6 - Cappadocia
Sarapan pagi di hotel. Trip hari ini adalah lawatan sekitar Cappadocia; Mushroom Valley, Pigeon Valley, Uchisar dan Goreme. Anda boleh membeli belah barang asli buatan Turki di Onyx & Jewellery Shop dan Carpet Gallery. Setelah itu, kita akan melihat pembuatan pasu dan tembikar asli Turki. Pulang dan bermalam di hotel Cappadocia. [B/L/D]
Hari 7 - Bergerak ke Istanbul
Sarapan pagi dan check-out hotel. Kita akan bertolak menuju ke Istanbul. Dalam perjalanan, singgah di Tasik Garam yang unik. Berehat dan makan malam di restoran tempatan di Istanbul sebelum check-in hotel. [B/L/D]
Hari 8 - Istanbul
Selepas sarapan pagi di hotel, kita akan ke Laman Pertama Istana Topkapi untuk bergambar. Kemudian pergi ke Masjid Hagia Sophia yang menyimpan sejarah ratusan tahun. Singgah pula ke Masjid Sultanahmet (Blue Mosque) yang menjadi ikon Istanbul. Kita berpeluang membeli belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar. Makan malam di restoran sekitar Istanbul. Berehat dan bermalam di hotel Istanbul. [B/L/D]
Hari 9 - Bosphorus Cruise
Sarapan pagi dan check-out hotel. Pagi ini kita akan menaiki Bosphorus Cruise untuk melihat pemandangan indah kota Istanbul dari sisi laut. Jika masa mengizinkan, kita akan ke Taksim Square. Setelah itu, bertolak ke lapangan terbang untuk berada di sana 4 jam sebelum penerbangan. Pulang ke Kuala Lumpur. [B/MOB]
Hari 10 - Tiba di Malaysia!
Tiba di KLIA. Gule -gule! Trip tamat dengan membawa memori indah Turkiye.

Pakej Termasuk
- Penerbangan Antarabangsa
- Penginapan 7 malam
- Makan 3 Kali Sehari
- Tour Guide dan Tour Leader
- Tempat Lawatan yang Dinyatakan
- Sarapan Bermula Hari Kedua
- Pengangkutan Selesa
- Airport Transfer
Pakej Tidak Termasuk
- Tiket Lawatan yang Tidak Dinyatakan
- Aktiviti Pilihan
- Takaful Kembara
- Perbelanjaan Peribadi

Harga Pakej
Setiap musim ada kelebihannya, oleh itu kami menyediakan pelbagai pilihan tarikh untuk anda.
Kenangan Indah di Turki
Turki terkenal dengan pelbagai destinasi yang sangat cantik dan indah. Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan terindah bersama yang tersayang.
Jom Dapatkan Konsultasi Daripada Kami
Trip Terhad Hanya Untuk 25 Orang Saja Satu Tarikh. Daftar Segera Sebelum Penuh !

Jejak Vacation
Travel Advisor
Dah sedia untuk Travel? Jom isi borang di bawah!
Kami sedia membantu anda dalam memilih destinasi tujuan anda. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan mengisi borang ini.
Ya, saya sudah bersedia!
Happy Traveller

Respon Selepas Travel
Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.
Tour leader Hakim sangat berpengalaman & berpengetahuan. Local guide pun awesome. Sangat recommended untuk yang first time nak ke Turki.
Sharifah Mazuin
Tetamu Open Group Turki Klasik April 2024
Pengalaman yg indah di bumi Turki. Perkhidmatan yg terbaik dari Jejak. Sangat teratur . Makanan dan penginapan yg diberikan sangat memuaskan. Perkhidmatan tour leader Hakim sangat bagus. Menjaga kebajikan kami dgn sgt2 baik.
Adam
Tetamu Open Group Turki Klasik April 2024
Our most great trip to turkey. Thanks To Mr Hakim, Mr Kemal Driver Fuad and The rest. It sooo fun. Meet new ppl. Eat so many yummy food. Our 2nd time to turkey. Jejak Vacation did a fantastic job with all the places we go and stay at beautiful hotels. Most historic places. Must go with Jejak Vaction. Your Vaction will be sooo much fun with them. Thank you again. We will go to them again in the future.
Sharifah Liyana Munirah
Tetamu Open Group Turki Klasik
Terbaik, pemandu pelancong dan ketua rombongan yang sangat sporting dan memberi kerjasama sentiasa refresh dalam minda. Perancangan perjalanan yang teratur, pemilihan aktiviti yang sesuai. Pengembaraan yang menakjubkan dan menyeronokkan insyaAllah semoga akan repeat lagi ke destinasi lainlah pula!! TERBAIKKK
Tasmi Baki
Tetamu Open Group Turki Klasik
Assalamualaikum Alhamdulillah sepanjang mengikuti pakej Turkeyie Classic pada Jun yg lalu adalah merupakan pengalaman yg sangat berharga kerana dapat berpeluang melawat dan mempelajari sejarah dan budaya mereka. Terima kasih kepada Enche Hakim & team bagi menguruskan segala pentadbiran & melayan kerenah kami..Tour guide yg sangat berpengelaman. Tidak lupa juga kepada members yg join trip kali ni very friendly, Supportive & dikekalkan ukhuwah bersama.…...Jika ada peluang & rezeki nak Igi kesana InsyA..
Mohammad Luqman
Tetamu Open Group Turki Klasik
En Hakim Razak is an excellent Tour Leader, very knowledgeable on Turkiye. He has a very pleasant personality, kelakar banyak kali, patient and a good listener to our request. I will forever remember 10k step night shopping for Sweet Godiva Choc. Wrt to Turkiye, I would recommend my friend to try out JVN for their next vacation. Jadual padat tapi flexible, and so much fun. The group of traveler are awesome, what a priviledge to have them in the same trip. All the best to Hakim, keep up the good job. Smile.
Burhan Sarimah
Tetamu Open Group Turki Klasik