Sichuan-Chengdu memang cantik! Nikmati pakej mesra Muslim yang selesa dan lengkap !

agensi berlesen & diyakini

KAMI BERPENGALAMAN MENGURUS LEBIH 5000 PESERTA.

Alhamdulillah lebih 400 "5 star review" di Google!

Pakej Lengkap Sichuan Chengdu

Mengapa Anda Patut ke Sichuan Chengdu dengan Jejak?

Itinerari Menarik

Ada banyak tempat menarik yang kami masukkan di dalam pakej ini. Yang mungkin sukar untuk anda pergi jika DIY.

Kumpulan Kecil

Kurang selesa bila trip ramai sangat ? Pakej kami bukan 40 orang, dan bukan 30 orang, tapi hanya terhad untuk 19 orang sahaja satu trip. Menarik kan?

Pakej Lengkap

Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.

Tiada bayaran tersembunyi

Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.

Makanan Halal

Mencari makanan halal agak mencabar di Sichuan. Jangan risau, Kami sajikan mendapat makanan halal untuk makan tengahari dan makanan halal.

Tempat Menarik

Anda berpeluang main salji dan ski dengan harga berpatutan di Chengdu. Kami bawa anda ke spot menarik untuk merasa snow!

Itinerari

Perjalanan Trip Sichuan Chengdu kami reka khas untuk keselesaan semua peserta.

Hari 1

KLIA – CHENGDU (MOB) Berkumpul di KLIA empat jam sebelum masa penerbangan. Berangkat ke Chengdu. Tiba di Chengdu, kita akan makan malam dan check-in hotel.

CHENGDU (SP/MT/MM) Selepas sarapan, lawati Dujiangyan Panda Base (kereta elektrik) di mana anda boleh melihat panda besar yang comel dalam persekitaran semula jadi mereka. Selepas itu, lawati Dujiangyan, sebuah tempat yang menampilkan kehebatan kejuruteraan China yang berusia ribuan tahun. Ia merupakan projek pemuliharaan air berskala besar tertua di dunia dan satu-satunya yang masih wujud, yang mengalihkan aliran air sungai tanpa menggunakan empangan, sekali gus menjadi bukti luar biasa kepada kebijaksanaan kejuruteraan purba. Melawat Dujiangyan Ancient Town dan Masjid Dujiangyan. Lawati Dujiangyan Yangtianwo, arca panda “mengambil selfie” terbesar di dunia (panjang 26 meter).

CHENGDU - HUANGLONGJIUZHAI STATION - JIUZHAIGOU (SP/MT/MM) Selepas sarapan, peserta akan melawat People’s Park yang menawarkan pengalaman autentik gaya hidup Chengdu dan rumah teh tradisional. Perjalanan diteruskan dengan menaiki kereta api laju ke Huanglongjiuzhai Station (Setiap orang akan dapat service angkat luggage untuk satu (1) luggage besar dari pihak stesen keretapi. Tambahan luggage adalah sebanyak 40 yuan per luggage. Optional trip ke Huanglong Scenic Area (Private Trip sahaja, tidak sesuai untuk warga emas.) Makan tengahari, kemudian ke Masjid dan check-in hotel di Jiuzhaigou.

JIUZHAIGOU (SP/MT/MM) Lawatan seharian ke Jiuzhaigou Scenic Area, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang mengagumkan di China, terkenal dengan tasik turquoise yang jernih, air terjun yang mengalir bertingkat, dan hutan warna-warni yang mencipta suasana yang tidak ada di tempat lain. (Pakej termasuk kenderaan buggy) Pulang ke hotel, makan malam dan berehat.

JIUZHAIGOU - SONGPAN STATION - CHENGDU (SP/MT/MM) Selepas Sarapan, lawati Songpan Ancient Town, bandar berkubu yang paling dipelihara dan penting di barat daya China. Solat di Songpan Mosque dan melawat Muslim Street. Menaiki High Speed Train untuk pulang ke Chengdu. (Service angkat luggage tidak disediakan untuk stesen dari Jiuzhaigou.) Check-in hotel, makan malam dan Free & Easy.

CHENGDU - KLIA (SP/MT/MM) Lawati Chunxi Road dan Taikoo Li, kompleks membeli-belah dan pusat gaya hidup yang ikonik di bandar Chengdu. Terdapat skrin 3D Panda terbesar di Chengdu. Lawati Nanjie Mosque (pandangan luar), sebuah masjid yang tenang dan bersejarah di tengah bandar, menggabungkan seni bina tradisional China dan Islam. Lawati Kuanzhai Alley (Wide and Narrow Alley), dan hayati gabungan sempurna seni bina tradisional Sichuan, budaya tempatan yang meriah, cenderahati Panda beserta restoran moden yang terletak dalam halaman Dinasti Qing. Akhir sekali, penghantaran ke lapangan terbang 4 jam sebelum waktu penerbangan.

CHENGDU - XILING SKI RESORT (SP/MT/MM) Selepas Sarapan, bergerak ke Xiling Snow Mountain. Alami pengalaman bermain Ski atau Snowboard (termasuk dalam pakej) Sekiranya tidak bermain Ski, boleh bermain permainan Salji lain atau duduk di dalam Igloo Lutsinar dan menikmati teh dan ubi keledek bakar. Pulang bermalam di Chengdu.

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Harga Pakej

Trip terhad 15 orang sahaja! Daftar segera sebelum penuh

22 - 27 April 2026

RM 4,990 /pax

8 - 13 Mei 2026

RM 4,990 /pax

29 Mei - 3 Jun 2026

RM 5,490 /pax

8 - 16 Jun 2026

RM 4,590 /pax

29 Ogos - 3 Sept 2026

RM 5,290 /pax

15 - 20 Sept 2026

RM 5,490 /pax

3 - 8 Nov 2026

RM 5,490/pax

5 - 11 Dis 2026

RM 5,490 /pax

20 - 26 Dis 2026

RM 6,490 /pax

Kenangan Tetamu Kami

Bayangkan anda juga menikmati keindahan bumi Bosnia, Croatia dan Montenegro yang kaya sejarah dan banyak tempat menarik.

Respon Selepas Travel

Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.

Soalan Lazim

Harga Pakej Full Board ke ?

Ya, pakej kami full board tanpa kos tersembunyi. Kami uruskan semuanya untuk anda.

Ya, jangan risau, tipping pun dah termasuk.

Kami pastikan makanan semuanya halal untuk tetamu kami. InsyaAllah makanannya pelbagai dan enak !

15-19 orang.

Ya, selamat di China sekarang berbanding 10 tahun yang lepas.

Pada kami,trip Sichuan Chengdu ini lebih santai dan mesra warga emas berbanding Yunnan dan Zhangjiajie.

Ya boleh. Kami tiada sistem khas untuk ansuran, tetapi anda boleh membuat beberapa kali bayaran dengan syarat, semuanya selesai 45 hari sebelum penerbangan.

Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Konsultasi Percuma Trip Sichuan Chengdu

Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.

Jom ke Chengdu dengan Jejak!

Happy Traveller

Scroll to Top
Hubungi Kami

Dapatkan Konsultasi