Nak Travel Santai ke Dalat dan Ho Chi Minh? Jom Kami Uruskan Semuanya!
agensi berlesen & diyakini
Pakej Muslim Dalat dan Ho Chi Minh
Tak perlu lagi pening untuk fikirkan itinerari, transport, dan hotel. Biar kami aturkan percutian anda
- Private Trip
- 5 Hari 4 Malam
- Ground Full Board
- Bebas Pilih Tarikh
- Makanan Halal
- Pakej Muslim
Lebih 10 Tahun Pengalaman
Kami telah membawa lebih 200 rombongan ke Turki , Balkan, Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara sejak 2013 . Kami menguasai selok belok perjalanan bagi membolehkan anda tidak perlu risau lagi sepanjang percutian anda!
Berdaftar dan Berlesen
Tak perlu ragu. Kami berdaftar secara sah dengan MOTAC.Anda boleh semak sendiri no lesen kami di i laman sesawang MOTAC .
Tour Guide Berpengalaman
Kami memiliki tim tour leader terlatih yang siap melayani Anda. Banyak peserta memberikan feedback positif tentang tour guide kami yang ramah dan sangat membantu.
Pakej Lengkap
Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.
Itinerari Menarik
Di setiap negeri di Vietnam yang kami bawa, ada tarikan tersendiri. Pasti membuatkan anda tertarik dan gembira!
Tiada bayaran tersembunyi
Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.
Makanan Halal
Makanan Halal terhad di Vietnam. Jangan penig, kami sudah aturkan makanan halal sepanjang trip anda.
Hari 1
Ketibaan anda akan disambut mesra tour guide kami di Airport Dalat. Seterusnya anda akan dibawa untuk menikmati makan tengahari. Singgah ke Tasik Xuan Huong, sebuah tasik buatan yang indah di tengah Dalat. Seterusnya ke Lam Vien Square, di mana terletaknya beberapa mercu tanda Dalat. Makan malam. Berehat dan bermalam di hotel Dalat.
Hari 2
Pagi ini kita akan bersarapan di restauran halal. Seterusnya anda boleh memilih untuk ke Mango Land atau Clay Tunnel. Pada kami Mango Land lebih mesra keluarga dan anak-anak. Selepas itu ke Taman Bunga Hydrangea yang meriah dengan bungaan. Selepas itu, makan tengahari. Singgah pula ke Datanla Alpine Coaster untuk merasai pengalaman menaiki Coaster ala-ala di Switzerland. Coaster ini akan membawa anda ke air terjun Datanla yang cantik dan banyak spot bergambar. Coaster adalah optional. Seterusnya ke Crazy House. Sebuah rumah dengan binaan unik. Makan malam di restauran halal. Selepas itu ke pasal malam Dalat sebelum berehat dan bermalam di hotel Dalat.
Hari 3
Bersiap untuk check out dan menuju MUine. Berhenti seketik. untuk sarapan di R&R di atas awan. Di Muine, kita singgah di White Sand Dunes. Di sana anda berpeluang untuk menaiki jeep atau ATV atas perbelanjaan sendiri. Selepas itu ke Red Sand Dunes untuk bergambar ala-ala di Morocco. Berhenti unuk makan tengahari dan solat di Masjid Nurul Ehsan, masjid terbesar di Vietnam. Berangkat ke Ho Chi Minh. Setibanya di Ho Chi Minh, kita akan makan makanm dan check in hotel. Seterusnya anda bebas untuk membeli belah di Malaysian Street yang berdekatan dengan hotel.
Hari 4
Pagi ini, selepas sarapan, kita akan menuju ke Mekong untuk Mekong Tour yang sangat menarik. Anda akan dibawa naik boat untuk ke Kilang Memproses Gula Kelapa. Di sini anda berpeluang melihat penghasilan gula kelapa secara tradisional. Seterusnya kita akan ke kawasan penghasilan madu untuk merasai madu tempatan. Selepas itu, kita akan merasai buah-buahan tempatan sambil mendengar dendanan lagu dari masyarakat tempatan.Selepas itu , anda akan menaiki sampan kecil untuk menyelusuri Sungai Mekong. Makan tengahari dan solat zohor. Dalam perjalanan pulang ke Ho Chi Minh, singgah untuk membeli belah cenderahati. Makan malam dan bebas untuk sambung shopping di Malaysian Street / Ben Thanh.
Hari 5
Setelah sarapan pagi anda boleh membeli belah di Ben Thanh yang popular dengan kain dan pelbagai cenderahati. Check out pukul 12 sebelum bersiap untuk ke Ho Chi Minh Airport. Trip tamat dengan membawa 1001 kenangan indah.
Pakej Termasuk
- Penginapan 4 malam
- Makan Halal 3 Kali Sehari
- Tour Guide Cum Pemandu Setibanya di Dalat
- Tempat Lawatan yang Dinyatakan
- Simkad berinternet
- Pengangkutan Selesa
- Airport Transfer
Pakej Tidak Termasuk
- Tiket Penerbangan KUL - Dalat / HCM
- Tiket Lawatan yang Tidak Dinyatakan
- Aktiviti Optional (Coaster,Jeep,ATV dll)
- Takaful Kembara
- Tour Leader dari Malaysia
Harga Pakej
Kami menyediakan pelbagai harga dengan pakej tersendiri mengikut bilangan peserta
Rakamkan Pengalaman Anda
Dalat cuacanya sejuk dengan banyak tempat menarik. Ho Chi Minh sesuai untuk shopping!
Isi Borang di Bawah danDapatkan Free Consultation
Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.
Ya, saya sudah bersedia!
Happy Traveller
Respon Selepas Travel
Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.
I was on Yunnan Grand Tour from July 3rd to 9th. It's an amazing and eye-opening experience for me. I would definitely recommend it to everyone!
Maszidah Rasip
Tetamu Yunnan Trip
Private trip for our family to Padang and Bukittinggi took place from 24 to 27 June 2025. The trip was well organized from A to Z by Jejak Vacation. The tour guide was very knowledgeable and all the places visited were very well explained. He also practiced a very safe and defensive driving method when driving us around throughout the whole journey. Foods were superb and with the authentic Minang taste from day one till end of trip
Puan Mona Liza Anwar
Private Padang Bukittinggi Tour