Nak travel ke Balkan Tapi Tak Nak Trip Touch n Go ? Sertai Kami ke Bosnia, Croatia dan Montenegro
agensi berlesen & diyakini
KAMI BERPENGALAMAN MENGURUS LEBIH 5000 PESERTA.
Alhamdulillah lebih 200 "5 star review" di Google!
Pakej Balkan 8 Hari 6 Malam
Pakej ke Bosnia & Croatia Yang Selesa dan Tidak Terkejar-Kejar.
- 8 Hari 6 Malam
- Fullboard
- 25 Pax
- Bukan Touch n Go
Mengapa Anda Patut ke Balkan Dengan Jejak?
Itinerari Santai
Bosnia ada banyak tempat menarik. Rugi kalau singgah sekejap saja di Bosnia. Pakej ini bukan pakej yang rushing bertukar hotel setiap hari.
Kumpulan Kecil
Kurang selesa bila trip ramai sangat ? Pakej kami bukan 40 orang, dan bukan 30 orang, tapi hanya terhad untuk 25 orang sahaja satu trip. Menarik kan?
Pakej Lengkap
Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.
Makanan Halal
Makanan Balkan memang sedap! Kami akan bawa anda merasai makanan tradisi Bosnia dan Balkan yang sedap dan unik! Yang penting kami pastikan ia benar benar halal.
Tiada bayaran tersembunyi
Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.
Tempat Menarik
Selain dari tempat dengan tarikan alam, kami bawa juga ke tempat yang menyimpan sejarah mereka seperti Museum Tunnel of Hope dan lain lain lagi. Menarik untuk tahu sejarah mereka
Itinerari
Perjalanan Trip Balkan Santai ini kami reka khas untuk keselesaan semua peserta.
Hari 1
KLIA – SARAJEVO (MOB, MM) Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum masa penerbangan. Berangkat ke Lapangan Terbang Sarajevo menggunakan penerbangan Emirates/ Turkish Airline atau lain-lain. Setelah tiba di Lapangan Terbang Sarajevo, bergantung kepada masa arrival, anda akan terus makan tengah hari atau makan malam dan berehat di Hotel Sarajevo. Jika ada masa lapang, anda bebas berjalan di sekitar Bascarsija pada waktu malam. Bermalam di Sarajevo.
Hari 2
SARAJEVO (SP, MT, MM) Di Sarajevo, kita berehat untuk makan tengahari dan akan melawat Muzium tunnel of Hope yang menceritakan kisah pengepungan semasa perang 1993 - 1995. Peristiwa genocide ini mempunyai penglibatan Malaysia dalam membantu Negara Bosnia. Setelah itu kita akan melawat Spring of Bosna yang memperlihatkan keindahan semula jadi di taman tersebut dan air mata air di sana. Seterusnya kita akan melawat di sekitar Old Town Bascarsija yang pernah gemilang satu masa dahulu sebagai pusat perdagangan. Di sana kita akan melawat Masjid Gazi Husrev Bey (dibina pada tahun 1530 M di era Uthmaniyyah) dan melihat kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan makanan menarik . Kita akan bermalam di Sarajevo.
Hari 3
SARAJEVO - MOSTAR - BLAGAJ - NEUM (SP, MT, MM) Selepas bersarapan, kita akan ke Jambatan Mostar yang teguh berdiri selama hampir 400 tahun sebelum musnah dalam peperangan tahun 1993. Masjid Koski Mehmed Pasha juga akan kita kunjungi sebelum bergerak ke Blagaj. Seterusnya kita akan ke Blagaj, dan melawat Rumah Tekke (Rumah Sufi) dan merasai ketenangan di sana. Bagaikan di alam fantasi, pemandangan Spring of Buna memang cantik dan anda bebas untuk mengambil gambar di sana. Setelah itu, kita melawat Kravice Waterfalls yang sangat indah. Kemudian kita akan bertolak ke Neum dan bermalam di sana.
Hari 4
NEUM - DUBROVNIK - BUDVA (SP, MT, MM) Selepas bersarapan, kita akan menuju ke Dubrovnik yang terkenal dengan nama ‘Pearl of the Adriatic’ di Crotia. Old City Dubrovnik ini mempunyai senibina yang unik dan dilindungi di bawah UNESCO. Kota lama ini juga terkenal dengan tempat penggambaran Filem Game of Throne. Kemudian, kita akan melawat sekitar kota lama ini dan singgah ke Masjid untuk solat di dalam kota lama ini. Kemudian kita akan bertolak ke Budva dan bermalam di sana
Hari 5
BUDVA - KOTOR - MOSTAR (B, MOB) Selepas bersarapan, kita akan terus menuju ke Kotor, sebuah bandar lama yang kaya dengan sejarah dan view yang cantik. Ia merupakan antara pelabuhan yang besar di Adriatic dan telah menarik banyak kapal-kapal besar. Kemudian kita kana melawat Museum Montenegro dan bebas berjalan di sekitar bandar itu. Kemudian kita akan ke Mostar dan bermalam di sana.
Hari 6
MOSTAR – JAJCE - TRAVNIK - SARAJEVO (SP, MT, MM) Selepas sarapan dan check out, kita akan ke Jajce, kita singgah sebentar di Masjid Malaysia. Masjid ini diberi nama sedemikian kerana tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu mereka dalam perang saudara tahun 1993. Kita akan berhenti untuk makan tengahari Travnik. Travnik adalah bandar kecil yang wujud ketika era uthmaniyyah dan kita akan melawat Plava Voda Spring. Seterusnya, kita akan bertolak ke Sarajevo dan bermalam di sana.
Hari 7
SARAJEVO - KUL (SP, MOB,--) Selepas berarapan, anda bebas untuk berjalan di sekitar Bascarsija. Kemudian kita akan ke Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Hari 8
KLIA (MOB) Tiba di KLIA. Trip tamat dengan membawa memori indah sepanjang trip
Pakej Termasuk
- Flight Pergi & balik dengan elaun bagasi
- Bas sewa khas sepanjang trip
- Hotel 4 bintang atau setaraf untuk 6 malam
- Tipping
- Makan tengahari kambing golek Bosnia
- Tiket lawatan
- Tour guide muslim
- Sarapan (SP) , makan tengahari (MT) & makan malam (MM)
Pakej Tidak Termasuk
- Perbelanjaan peribadi
- Porter (tukang angkat beg)
- Takaful Kembara
- Aktiviti Pilihan
Kenangan Tetamu Kami
Bayangkan anda juga menikmati keindahan bumi Bosnia, Croatia dan Montenegro yang kaya sejarah dan banyak tempat menarik.
Respon Selepas Travel
Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.
Terima kasih Jejak dan Mr Adnan kerana menguruskan trip kami ke Bosnia. Trip yang sangat best dan amazing! InsyaAllah nak datang lagi ke Bosnia
Cikpuan Izzati Zahrul Lail
Tetamu Trip Bosnia 2024
Special thanks to Jejak and our Host Brother Fikrid and Adnan. We had an awesome Bosnian experience. Everything was arranged nicely according to our needs. Thank you for the wonderful memories!
Sirajunnisha Abdul Wahab
Tetamu Trip Bosnia 2023
Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Konsultasi Percuma Trip Balkan
Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.
Jom ke Balkan dengan Jejak
Happy Traveller