Google Meet, 09 Oktober 2021
Musim bunga di Turki adalah saat yang paling dinantikan oleh para pelancong dan penduduk tempatan. Ketika bunga-bunga mulai mekar, Turki dipenuhi dengan warna-warni yang mempesonakan, menjadikan setiap sudut negara ini seperti lukisan alam yang hidup. Dari kota Istanbul yang bersejarah hingga ke daerah-dearah yang penuh dengan aktiviti-aktiviti di Cappadocia, musim bunga membawa satu pengalaman yang sangat unik dan memikat hati.

Mekarnya Bunga Tulip di Istanbul
Istanbul adalah destinasi utama untuk menikmati musim bunga, terutamanya pada bulan April, ketika festival bunga tulip diadakan. Ratusan ribu tulip dengan pelbagai warna menghiasi taman-taman di sekitar bandar, menjadikan taman-taman seperti Emirgan Park dan Gülhane Park seperti syurga bagi pencinta alam.

Emirgan Park, salah satu taman terbesar di Istanbul, menjadi lokasi wajib dikunjungi semasa Festival Tulip Istanbul. Berjalan di taman ini sambil menyaksikan pelbagai warna tulip mekar memberikan pengalaman yang tidak terlupakan.
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Gülhane Park yang bersejarah. Dengan latar belakang Istana Topkapi, taman ini menawarkan gabungan antara keindahan bunga-bunga dan sejarah yang mendalam.