Nak travel ke Uzbekistan Tapi Tak Nak Trip Touch n Go ? Sertai Trip Kami

agensi berlesen & diyakini

KAMI BERPENGALAMAN MENGURUS LEBIH 5000 PESERTA.

Alhamdulillah lebih 200 "5 star review" di Google!

Pakej Uzbekistan 8 Hari 6 Malam

Pakej Lengkap dan Selesa

Mengapa Anda Patut ke Uzbekistan Dengan Jejak?

Penerbangan Terus

Kami memberikan anda penerbangan selesa dan terus tanpa transit dengan Uzbek Airways. Terdapat juga in flight entertainment untuk mengelakkan anda bosan.

Kumpulan Kecil

Kurang selesa bila trip ramai sangat ? Pakej kami bukan 40 orang, dan bukan 30 orang, tapi hanya terhad untuk 25 orang sahaja satu trip. Menarik kan?

Itinerari Menarik

Kami bawa anda kembara ke 3 bandar utama di Uzbekistan. Bandar Tashkent yang moden & teratur, Samarkand bandar photogenic & iconic serta Bukhara bandar authentic & penuh spritual.

Telusuri Sejarah Islam

Dalam trip ini, kami bukan sahaja bawa anda ke tempat yang cantik, bahkan ianya adalah perjalanan menelusuri sejarah ilmuan Islam ulung.

Tiada bayaran tersembunyi

Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.

Tempat Menarik

Menikmati pengalaman menaiki bullet train dari Bukhara ke Tashken. Selain menjimatkan masa, anda juga dapat merasai pengalaman unik ini.

Itinerari

Perjalanan Trip Uzbekistan Santai ini kami reka khas untuk keselesaan semua peserta.

Hari 1

(KUL - TASHKENT) Perjalanan mengambil masa sekitar 7 jam 30 min melalui penerbangan Uzbek Airways. Anda akan disambut oleh Professional Tour Guide di pintu ketibaan Tashkent Airport. Berehat dan bermalam di hotel. Bertolak ke hotel sekitar 20-30 minit untuk check-in. Makan malam di restoran tempatan yang menyajikan hidangan tradisional Uzbekistan.

( TASHKENT - SAMARKAND ) Sarapan pagi di hotel & check-out. Lawatan ke Independence Square, iaitu dataran utama negara Uzbekistan. Dataran ini dibina sebagai simbol kemenangan ke atas fasisme semasa Perang Dunia Kedua. Kita akan berjalan santai di Broadway Tashkent, iaitu kawasan pejalan kaki yang menghubungkan Independence Square ke Amir Timur Square. Di sini terdapat banyak kedai kecil, kafe dan suasana yang meriah. Merasai pengalaman menaiki Metro Tashkent, yang terkenal sebagai salah satu sistem subway paling cantik di dunia. Laluan pertama metro ini telah dibuka sejak tahun 1977. Lawatan ke Old City (bandar lama) yang penuh dengan sejarah. Antara tempat yang akan dilawati adalah Chorsu Bazaar - pasar tradisional tempatan, Kukaldash Madrasah - bangunan pengajian Islam lama, Hast Imam Complex – Salah satu pusat sejarah Islam tertua di Central Asia yang menyimpan manuskrip Al-Quran yang sangat berharga (Al-Quran Uthman, Quran tertua di dunia) Pada sebelah petang, kita akan bertolak ke Samarkand dengan menaiki bas / kenderaan persendirian (5 jam perjalanan). Makan malam & menginap di Samarkand.

( SAMARKHAND ) Bandar Samarkand terletak di Sungai Zerafshan dan merupakan bandar kedua terbesar di Uzbekistan. Bandar ini juga sangat bersejarah, setaraf dengan bandar lama seperti Babylon dan Rome. Lawatan ke beberapa tempat menarik utama di Samarkand, antaranya: Registan Square – ini adalah tarikan paling terkenal di Samarkand. Ia merupakan kompleks tiga madrasah yang dibina sekitar abad ke-15 hingga ke-17. Shakhi-Zindeh Complex – kawasan ini merupakan gabungan banyak makam lama dari abad ke-11 hingga ke-15. Ia juga termasuk dalam tapak warisan dunia UNESCO. Mausoleum Guri Emir – makam bersejarah yang menempatkan jasad pemerintah terkenal, Amir Timur. Kemudian, kita boleh berjalan santai di kawasan tempatan yang dipenuhi dengan kedai cenderamata, kedai teh (teahouse), manisan tempatan & bengkel kraftangan Pulang ke hotel untuk bermalam di Samarkand.

( SAMARKAND - GIJDUVAN - BUKHARA ) Sarapan pagi & check-out hotel. Kita akan memulakan perjalanan ke Bukhara dengan menaiki bas / kenderaan persendirian. Jarak perjalanan adalah sekitar 280 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 min. Dalam perjalanan, kita akan singgah di perkampungan Gijduvan untuk melawat sebuah workshop pembuatan seramik (tembikar) yang terkenal. Di sini, kita dapat melihat sendiri bagaimana seni pembuatan seramik ini dihasilkan. Sehingga hari ini, Gijduvan masih terkenal dengan keluarga pembuat seramik Narzullayev, yang telah membawa nama seramik Gijduvan ke peringkat antarabangsa.Keunikan seramik di sini ialah corak geometri tradisional, penggunaan warna biru dan hijau yang sangat klasik dan cantik Kita akan meneruskan perjalanan ke Bukhara dan bermalam di sana.

( BUKHARA ) Lawatan penuh sehari di bandar Bukhara, sebuah bandar yang sangat kaya dengan sejarah dan seni bina Islam. Melawat Citadel Ark, iaitu kubu paling lama di Bukhara yang dibina sejak abad ke-4. Kubu ini pernah menjadi istana bagi beberapa dinasti pemerintahan Empayar Bukhara. Seterusnya, ke Mausoleum Samanid, sebuah makam bersejarah yang dianggap sebagai karya agung seni bina Islam dari abad ke-9 hingga ke-10. Kita akan ke Chashma Ayub, yang bermaksud “Telaga Nabi Ayub”. Tempat ini mempunyai kisah sejarah tersendiri dan sering menjadi tarikan pelawat. Masjid Bolo-Hauz, juga dikenali sebagai “Masjid 40 Tiang” kerana reka bentuk tiang kayunya yang unik. Masjid ini dibina sebagai penghormatan kepada pemerintah Bukhara, Abu-Fayud Khan. Bermalam di Bukhara.

( BUKHARA - TASHKEN ) Sarapan pagi & check-out hotel. Hari ini merupakan hari terakhir lawatan di Bukhara. Kita akan mulakan dengan berjalan di kawasan Shopping Domes, iaitu kawasan pasar berbumbung yang terkenal dengan pelbagai barangan seperti cenderamata, kain, dan hasil kraftangan tempatan. Seterusnya, kita akan melawat Nodir Divan Begi Madrasah, yang merupakan sebahagian daripada kawasan terkenal Lyabi House Ensemble, iaitu salah satu tarikan utama di tengah bandar Bukhara. Lawatan ke Poi Kalon Complex, salah satu kompleks seni bina paling ikonik di Bukhara. Di sini terdapat tiga bangunan utama yang dibina antara abad ke-12 hingga ke-16, iaitu Kalon Minaret, Kalon Mosque dan Mir Arab Madrasah. Kita akan bergerak ke stesen keretapi Bukhara untuk perjalanan pulang ke Tashkent dengan menaiki keretapi (Bullet Train: 4.5 jam perjalanan). Setibanya di Tashkent, peserta akan dijemput dan dibawa ke hotel untuk check-in hotel untuk berehat atau meneroka kawasan sekitar hotel.

( TASHKEN - CHIMGAN MOUNTAIN - CHARVAK LAKE ) Selepas sarapan kita akan ke kawasan pergunungan Chimgan. Perjalanan sekitara 1 jam 45 minit melalui kawasan perkampungan tempatan dan pemandangan alam semula jadi di wilayah Tashkent Region. Setibanya di Chimgan Mountains, peserta akan menikmati pemandangan indah kawasan pergunungan yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Western Tian Shan Mountains. Setibanya di sana, anda berpeluang untuk menaiki chair lift selama lebih kurang 30 minit sehala untuk sampai ke kawasan puncak Chinorkent Peak. HARI 7 Di atas puncak, tetamu akan diberi masa untuk berjalan santai, menikmati udara segar & mengambil gambar pemandangan gunung yang cantik Dalam perjalanan pulang, kita akan singgah di Charvak Lake, iaitu sebuah tasik buatan yang sangat popular di kawasan Tashkent. Ramai pelancong tempatan dan luar negara datang ke sini untuk bercuti. Di sini, tetamu boleh menaiki Chinorkent cable car di sana dan berehat di tepi tasik, menikmati pemandangan & melakukan aktiviti air (bergantung kepada musim dan keadaan cuaca) Selepas lawatan pada belah petangnya, jika ada masa lapang, kita ke bandar Tashkent untuk bersiar-siar (bebas). Bertolak ke Tashkent Airport sekitar 3-4 jam sebelum berlepas.

Tiba di KLIA dan pulang bersama dengan kenangan dan ibrah yang tidak dapat dilupakan.

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Harga Pakej

Trip terhad 20 orang sahaja! Daftar segera sebelum penuh

31 Ogos - 7 Sept 2026

RM 7,170 /pax

14 - 21 Sept 2026

RM 7,170 /pax

8 - 15 Okt 2026

RM 7,170 /pax

7 - 14 Dis 2026

RM 7,170 /pax

10 - 17 Dis 2026

RM 7,170 /pax

Kenangan Tetamu Kami

Bayangkan anda juga menikmati keindahan bumi Bosnia, Croatia dan Montenegro yang kaya sejarah dan banyak tempat menarik.

Respon Selepas Travel

Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.

Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Konsultasi Percuma Trip Uzbekistan

Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.

Jom ke Uzbekistan dengan Jejak

Happy Traveller

Soalan Lazim

Harga Pakej Full Board ke ?

Ya, pakej kami full board tanpa kos tersembunyi. Kami uruskan semuanya untuk anda.

Ya, jangan risau, tipping pun dah termasuk.

Kami pastikan makanan semuanya halal untuk tetamu kami. InsyaAllah makanannya pelbagai dan enak !

20 orang.

Ya, Uzbekistan adalah negara yang selamat untuk dikunjungi. Penerbangan juga tidak melalui laluan negara perang.

Kerana kami mahu tetamu bercuti dalam keadaan tenang, bukan terkejar-kejar. Jadi kami had hanya ke Uzbekistan sahaja. Negara yang sangat cantik , penuh sejarah dan penuh tarikan.

Ya boleh. Kami tiada sistem khas untuk ansuran, tetapi anda boleh membuat beberapa kali bayaran dengan syarat, semuanya selesai 45 hari sebelum penerbangan.

Scroll to Top
Hubungi Kami

Dapatkan Konsultasi