Jom Explore Sichuan & Chengdu dengan Lebih Selesa, Tanpa Pening Menguruskan Perjalanan Sendiri !

agensi berlesen & diyakini

Bukan Pakej Chengdu Termurah tapi Pakej Muslim yang Lengkap, Selesa dan dengan Servis Terbaik !

Alhamdulillah lebih 500 "5 star review" di Google!

Kenapa Ramai Pilih Jejak Vacation Untuk Kembara Chengdu

Lebih selesa. Lebih teratur. Lebih tenang !

PAKEJ LENGKAP

Tak perlu pening menguruskan perjalanan sendiri. Penerbangan, penginapan, pengangkutan, makan dan tiket lawatan yang dinyatakan dalam pakej telah kami aturkan.

KUMPULAN SEDERHANA

Kami hadkan hanya 20 orang peserta supaya perjalanan lebih mudah bergerak, tidak terlalu sesak. Semuanya untuk keselesaan anda.

MAKANAN HALAL

Tak perlu fikir nak makan apa sepanjang perjalanan. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam disediakan mengikut pakej, dengan pilihan makanan halal untuk peserta Muslim.

MESRA MUSLIM

Kami pastikan ibadah anda terjaga. Itinerari kami susun dengan mengambil kira waktu solat supaya peserta dapat bercuti dengan tenang tanpa mengabaikan kewajiban.

HOTEL SELESA 4 STAR

Anda dapat rehat dengan selesa selepas seharian meneroka Sichuan. Bukan hotel bajet, tapi hotel 4 bintang yang selesa kami sediakan untuk anda.

TOUR LEADER TERLATIH

Anda dapat rehat dengan selesa selepas seharian meneroka Sichuan. Bukan hotel bajet, tapi hotel 4 bintang yang selesa kami sediakan untuk anda.

TIADA KOS TERSEMBUNYI

Kami jamin tiada kos tersembunyi ! Kos utama perjalanan telah dinyatakan dengan jelas sejak awal. Anda tahu apa yang termasuk dalam pakej tanpa kami berselindung.

Itinerari

Perjalanan Trip Sichuan Chengdu kami reka khas untuk keselesaan semua peserta.

Hari 1

KLIA – CHENGDU (MOB) Berkumpul di KLIA empat jam sebelum masa penerbangan. Berangkat ke Chengdu. Tiba di Chengdu, kita akan makan malam dan check-in hotel.

CHENGDU (SP/MT/MM) Selepas sarapan, lawati Dujiangyan Panda Base (kereta elektrik) di mana anda boleh melihat panda besar yang comel dalam persekitaran semula jadi mereka. Selepas itu, lawati Dujiangyan, sebuah tempat yang menampilkan kehebatan kejuruteraan China yang berusia ribuan tahun. Ia merupakan projek pemuliharaan air berskala besar tertua di dunia dan satu-satunya yang masih wujud, yang mengalihkan aliran air sungai tanpa menggunakan empangan, sekali gus menjadi bukti luar biasa kepada kebijaksanaan kejuruteraan purba. Melawat Dujiangyan Ancient Town dan Masjid Dujiangyan. Lawati Dujiangyan Yangtianwo, arca panda “mengambil selfie” terbesar di dunia (panjang 26 meter).

CHENGDU - HUANGLONGJIUZHAI STATION - JIUZHAIGOU (SP/MT/MM) Selepas sarapan, peserta akan melawat People’s Park yang menawarkan pengalaman autentik gaya hidup Chengdu dan rumah teh tradisional. Perjalanan diteruskan dengan menaiki kereta api laju ke Huanglongjiuzhai Station (Setiap orang akan dapat service angkat luggage untuk satu (1) luggage besar dari pihak stesen keretapi. Tambahan luggage adalah sebanyak 40 yuan per luggage. Optional trip ke Huanglong Scenic Area (Private Trip sahaja, tidak sesuai untuk warga emas.) Makan tengahari, kemudian ke Masjid dan check-in hotel di Jiuzhaigou.

JIUZHAIGOU (SP/MT/MM) Lawatan seharian ke Jiuzhaigou Scenic Area, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang mengagumkan di China, terkenal dengan tasik turquoise yang jernih, air terjun yang mengalir bertingkat, dan hutan warna-warni yang mencipta suasana yang tidak ada di tempat lain. (Pakej termasuk kenderaan buggy) Pulang ke hotel, makan malam dan berehat.

JIUZHAIGOU - SONGPAN STATION - CHENGDU (SP/MT/MM) Selepas Sarapan, lawati Songpan Ancient Town, bandar berkubu yang paling dipelihara dan penting di barat daya China. Solat di Songpan Mosque dan melawat Muslim Street. Menaiki High Speed Train untuk pulang ke Chengdu. (Service angkat luggage tidak disediakan untuk stesen dari Jiuzhaigou.) Check-in hotel, makan malam dan Free & Easy.

CHENGDU - KLIA (SP/MT/MM) Lawati Chunxi Road dan Taikoo Li, kompleks membeli-belah dan pusat gaya hidup yang ikonik di bandar Chengdu. Terdapat skrin 3D Panda terbesar di Chengdu. Lawati Nanjie Mosque (pandangan luar), sebuah masjid yang tenang dan bersejarah di tengah bandar, menggabungkan seni bina tradisional China dan Islam. Lawati Kuanzhai Alley (Wide and Narrow Alley), dan hayati gabungan sempurna seni bina tradisional Sichuan, budaya tempatan yang meriah, cenderahati Panda beserta restoran moden yang terletak dalam halaman Dinasti Qing. Akhir sekali, penghantaran ke lapangan terbang 4 jam sebelum waktu penerbangan.

CHENGDU - XILING SKI RESORT (SP/MT/MM) Selepas Sarapan, bergerak ke Xiling Snow Mountain. Alami pengalaman bermain Ski atau Snowboard (termasuk dalam pakej) Sekiranya tidak bermain Ski, boleh bermain permainan Salji lain atau duduk di dalam Igloo Lutsinar dan menikmati teh dan ubi keledek bakar. Pulang bermalam di Chengdu.

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Harga Pakej

Trip terhad 20 orang sahaja! Daftar segera sebelum penuh

Pakej Lengkap Sichuan Chengdu

5 - 10 Dis 2026

RM 4,970 /pax

11 - 16 Dis 2026

RM 5,270 /pax

1 - 6 Jan 2027

RM 5,070 /pax

30 Jan - 5 Feb 2027

RM 5,070 /pax

21 - 26 Mac 2027

RM 5,070 /pax

Kenangan Tetamu Kami

Bayangkan anda juga menikmati keindahan Sichuan yang sangat cantik dan menarik!

Soalan Lazim

Harga Pakej Full Board ke ?

Ya, pakej kami full board tanpa kos tersembunyi. Kami uruskan semuanya untuk anda.

Ya, jangan risau, tipping pun dah termasuk.

Kami pastikan makanan semuanya halal untuk tetamu kami. InsyaAllah makanannya pelbagai dan enak !

Terhad 15 - 20 orang sahaja.

Ya, selamat di China sekarang berbanding 10 tahun yang lepas.

Pada kami,trip Sichuan Chengdu ini lebih santai dan mesara warga emas berbanding Yunnan dan Zhangjiajie.

Ya boleh. Kami tiada sistem khas untuk ansuran, tetapi anda boleh membuat beberapa kali bayaran dengan syarat, semuanya selesai 45 hari sebelum penerbangan.

Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Konsultasi Percuma Trip Sichuan Chengdu

Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.

Jom ke Chengdu dengan Jejak!

Happy Traveller

Scroll to Top
Hubungi Kami

Dapatkan Konsultasi