Nak travel ke Medan Tapi Tak Nak Trip Touch n Go ? Jom sertai Kami ke Medan, Indonesia.
agensi berlesen & diyakini
KAMI BERPENGALAMAN MENGURUS LEBIH 5000 PESERTA.
Alhamdulillah lebih 200 "5 star review" di Google!
Pakej Medan 4 Hari 3 Malam
Pakej ke Medan Yang Selesa dan Tidak Terkejar-Kejar.
- 4 Hari 3 Malam
- Fullboard
- 25 Pax
- Bukan Touch n Go
Mengapa Anda Patut ke Medan Dengan Jejak?
Itinerari Santai
Medan ada banyak tempat menarik. Rugi kalau ikuti pakej ke Medan ini. Pakej ini bukan pakej yang rushing bertukar hotel setiap hari.
Kumpulan Kecil
Kurang selesa bila trip ramai sangat ? Pakej kami bukan 40 orang, dan bukan 30 orang, tapi hanya terhad untuk 25 orang sahaja satu trip. Menarik kan?
Pakej Lengkap
Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.
Makanan Halal
Makanan Medan memang sedap! Kami akan bawa anda merasai makanan tradisi Medan yang sedap dan unik! Yang penting kami pastikan ia benar benar halal.
Tiada bayaran tersembunyi
Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.
Tempat Menarik
Tempat menarik yang dibawakan di trip Medan ini dengan melawat ke Danau Toba, Air Terjun Sipiso Piso, Bukit Holbung dan Istana Maimoon. Menarik untuk tahu sejarah mereka
Itinerari
Perjalanan Trip Medan Santai ini kami reka khas untuk keselesaan semua peserta.
Hari 1
KUALANAMU - DANAU TOBA Setibanya di Lapangan Terbang Kualanamu, anda akan disambut mesra oleh wakil kami sebelum memulakan perjalanan menuju ke destinasi pertama. Singgah di Toko Paten untuk membeli pelbagai ole-ole terkenal seperti kacang tumbuk, dodol, dan aneka snek tradisional sebagai buah tangan. Perjalanan diteruskan ke Pemandian Bah Damanik, sebuah kawasan air panas semula jadi yang menawarkan suasana nyaman dan menyegarkan. Seterusnya, nikmati keindahan Ladang Teh Sidamanik yang terkenal dengan panorama menghijau, udara yang sejuk, serta suasana yang tenang, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk bergambar. Kemudian, anda akan menaiki feri dari Tigaras ke Simanindo di Pulau Samosir, sambil menikmati pengalaman menyeberangi Danau Toba, tasik kawah gunung berapi terbesar di dunia dengan pemandangan yang memukau. Seterusnya di Pulau Samosir, daftar masuk ke hotel dan nikmati masa rehat sebelum meneruskan aktiviti pada hari berikutnya.
Hari 2
DANAU TOBA - BERASTAGI Mulakan hari dengan sarapan pagi di hotel sebelum meninggalkan keindahan Danau Toba. Lawatan diteruskan ke Huta Siallagan, perkampungan tradisional masyarakat Batak yang terkenal dengan rumah adat dan sejarahnya yang unik. Seterusnya, nikmati trekking santai ke Bukit Holbung sambil mengagumi panorama indah Danau Toba yang sesuai untuk bergambar. Singgah di Air Terjun Sipisopiso, antara air terjun tertinggi di Indonesia dengan pemandangan yang memukau. Perjalanan kemudian diteruskan ke tanah tinggi Berastagi. Setibanya di sana, daftar masuk ke hotel dan berehat.
Hari 3
BERASTAGI - MEDAN Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. Lawatan dimulakan dengan singgah di Sarune Café dan Lavender Garden untuk bergambar serta menikmati suasana yang indah. Seterusnya, kunjungi Pasar Buah Berastagi dan Ladang Strawberi untuk membeli buah-buahan segar serta merasai pengalaman memetik strawberi. Perjalanan kemudian diteruskan ke Medan. Setibanya di Medan, anda diberi masa bebas untuk membeli-belah sebelum singgah menikmati durian terkenal di Ucok Durian atau Sibolang Durian. Selepas itu, daftar masuk hotel dan berehat.
Hari 4
MEDAN Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. Lawatan diteruskan ke Istana Maimoon, mercu tanda bersejarah yang melambangkan warisan Kesultanan Deli, diikuti dengan kunjungan ke Masjid Raya Medan yang terkenal dengan seni bina yang indah. Sebelum bertolak ke lapangan terbang, luangkan masa membeli-belah Bika Ambon dan Kek Meranti sebagai buah tangan. Seterusnya, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu mengikut jadual penerbangan.
Pakej Termasuk
- Pengangkutan : Kenderaan khas sepanjang trip
- Penginapan : Hotel 3 bintang atau setaraf untuk 3 malam
- Makan : Sarapan (SP) sahaja.
- Tiket Lawatan : seperti yang dinyatakan di dalam itinerari
- Tour Guide/ Pemandu Tempatan
- Tiket Feri
- Air Mineral
Pakej Tidak Termasuk
- Perbelanjaan peribadi
- Penerbangan : Pergi & Balik
- Takaful Kembara (Wajib ambil)
- Makan tengahari & Makan malam (RM200)
- Aktiviti Pilihan (Optional) : Hiking Sunrise Mount Sibayak (RM 140), Kolam Abadi (RM 140), Lau Kawar (RM 35), Bukit Sipira (RM70).
Kenangan Tetamu Kami
Bayangkan anda juga menikmati keindahan Medan yang kaya sejarah dan banyak tempat menarik.
Respon Selepas Travel
Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.
Terima kasih Jejak dan Mr Adnan kerana menguruskan trip kami ke Bosnia. Trip yang sangat best dan amazing! InsyaAllah nak datang lagi ke Bosnia
Cikpuan Izzati Zahrul Lail
Tetamu Trip Bosnia 2024
Special thanks to Jejak and our Host Brother Fikrid and Adnan. We had an awesome Bosnian experience. Everything was arranged nicely according to our needs. Thank you for the wonderful memories!
Sirajunnisha Abdul Wahab
Tetamu Trip Bosnia 2023
Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Konsultasi Percuma Trip Medan
Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.
Jom ke Medan dengan Jejak
Happy Traveller