Hanoi - Sapa

agensi berlesen & diyakini

KAMI BERPENGALAMAN MENGURUS LEBIH 5000 PESERTA.

Alhamdulillah lebih 200 "5 star review" di Google!

Pakej Hanoi - Sapa
4 Hari 3 Malam

Pakej persendirian ke Hanoi - Sapa Yang Selesa dan Tidak Terkejar-Kejar.

Mengapa Anda Patut ke
Hanoi - Sapa Dengan Jejak?

Itinerari Santai

Pakej persendirian ini ada banyak tempat menarik. Walaupun 4 hari di Hanoi - Sapa, setiap saat dipenuhi keindahan yang sukar dilupakan. Pakej ini bukan pakej yang rushing bertukar hotel setiap hari.

Kumpulan Kecil

Kurang selesa bila trip ramai sangat ? Pakej kami bukan 40 orang, dan bukan 30 orang, tapi pakej persendirian yang anda boleh pilih untuk satu trip. Menarik kan?

Pakej Lengkap

Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.

Makanan Halal

Makanan Hanoi - Sapa memang sedap! Kami akan bawa anda merasai makanan tradisi yang sedap dan unik! Yang penting kami pastikan ia benar benar halal.

Tiada bayaran tersembunyi

Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.

Tempat Menarik

Kami akan bawakan anda ke tempat dengan tarikan alam dan menarik, seperti ke tempat yang menyimpan sejarah mereka seperti Gunung Fansipan, Ta Van Village, Kampung Cat Cat, Hanoi Train Street dan lain lain lagi. Menarik untuk tahu sejarah mereka

Itinerari

Perjalanan Trip Hanoi - Sapa ini kami reka khas untuk keselesaan semua peserta.

Hari 1

HANOI - SAPA (--, MT, MM) Tiba di Noi Bai International Airport dan disambut oleh wakil Jejak sebelum memulakan perjalanan darat menuju ke Sapa selama sekitar 6–7 jam sambil menikmati panorama pergunungan serta pemandangan indah sepanjang perjalanan. Setibanya di Sapa, daftar masuk hotel dan berehat.

SAPA (SP/MT/MM) Mulakan hari dengan sarapan pagi di restoran halal sebelum memulakan pengembaraan indah di bumi Sapa. Bertolak ke Gunung Fansipan yang dikenali sebagai “Bumbung Indochina” dan nikmati pengalaman menaiki tren serta kereta kabel sambil menyaksikan panorama pergunungan yang memukau. Setibanya di puncak Fansipan, rasai pengalaman luar biasa seakan menyentuh awan dengan pemandangan alam yang menakjubkan. Perjalanan diteruskan ke Valley of Roses yang dipenuhi hamparan bunga berwarna-warni, sesuai untuk bergambar dan mencipta kenangan indah. Seterusnya, terokai keunikan Cat Cat Village sambil mengenali budaya masyarakat etnik minoriti yang masih mengekalkan tradisi warisan turun-temurun, termasuk seni pembuatan kain tenunan tradisional (brocade) dan keindahan air terjun semula jadi. Akhiri hari dengan bersantai di Sun Plaza yang terkenal dengan seni bina klasik Eropah yang elegan.

SAPA - HANOI (SP/MT, MM) Sarapan pagi di restoran halal sebelum memulakan hari penuh pengalaman menarik di Sapa. Nikmati keseronokan menaiki Ban Mong Alpine Coaster sambil dikelilingi panorama gunung dan kehijauan alam semula jadi. Perjalanan diteruskan ke Ta Van Village yang terkenal dengan keindahan sawah teres, budaya suku kaum tempatan serta jambatan gantung yang unik. Singgah di Moana Sapa untuk bergambar dan menikmati suasana nyaman bandar pergunungan sebelum bergambar di kawasan sempadan China dan bertolak pulang ke Hanoi. Setibanya di Hanoi, luangkan masa membeli-belah sebelum melawat Hanoi Train Street yang terkenal dengan laluan kereta api di tengah deretan kafe unik. Akhir sekali, daftar masuk hotel dan bermalam di Hanoi.

HANOI (SP) Sarapan pagi di restoran halal sebelum menerokai sekitar Old Quarter yang terkenal dengan suasana klasik serta deretan kedai tempatan yang unik. Seterusnya, membeli-belah di Dong Xuan Market untuk mendapatkan cenderamata dan barangan tempatan sebelum bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang dengan membawa kenangan indah dari Vietnam.

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Harga Pakej

Trip ini adalah Pakej Persendirian.

2 - 3 DEWASA

RM 3,500 /pax

4 - 5 DEWASA

RM 2,200 /pax

6 - 7 DEWASA

RM 1,850 /pax

8 - 9 DEWASA

RM 1,700 /pax

10 - 14 DEWASA

RM 1,650 /pax

15 DEWASA

RM 1,590 /pax

Kenangan Tetamu Kami

Bayangkan anda turut menikmati keindahan pakej persendirian ke Hanoi - Sapa yang terkenal dengan pelbagai destinasi menarik seperti tempat tarikan alam dan menarik yang menakjubkan.

Respon Selepas Travel

Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.

Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Konsultasi Percuma Trip Pakej Persendirian Hanoi - Sapa

Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.

Ya, saya sudah bersedia!

Happy Traveller

Soalan Lazim

Harga Pakej Full Board ke ?

Ya, pakej kami full board tanpa kos tersembunyi. Kami uruskan semuanya untuk anda.

Ya, jangan risau, tipping pun dah termasuk.

Kami pastikan makanan semuanya halal untuk tetamu kami. InsyaAllah makanannya pelbagai dan enak !

10 orang. Kami akan beri bas 40 seater untuk anda.

Ya, Bosnia adalah negara yang pernah perang. InsyaAllah keadaan kini stabil dan selamat

Kerana kami mahu tetamu bercuti dalam keadaan tenang, bukan terkejar-kejar. Jadi kami had hanya 3 negara saja. # negara yang sangat cantik dan penuh tarikan.

Ya boleh. Kami tiada sistem khas untuk ansuran, tetapi anda boleh membuat beberapa kali bayaran dengan syarat, semuanya selesai 45 hari sebelum penerbangan.

Scroll to Top
Hubungi Kami

Dapatkan Konsultasi