Jejaki Sirah Anbiya' dan sejarah di Timur Turki.

agensi berlesen & diyakini

Sanliurfa Grand Tour

Jelajah Bumi Para Nabi – Kembara Ke Sanliurfa & Timur Turki! Ikut kami ke Sanliurfa , Gaziantep , Diyabakir dan Istanbul.

Mengapa Anda Patut ke Sanliurfa Dengan Jejak?

Route Menarik

Itinerari ini lain dari perjalanan Turki Klasik dan yang lain. Ia lebih kepada mendalami sirah dan sejarah di Timur Turki.

Kumpulan Kecil

Kurang selesa bila trip ramai sangat ? Pakej kami bukan 40 orang, dan bukan 30 orang, tapi hanya terhad untuk 12 orang sahaja satu trip. Menarik kan?

Termasuk Penerbangan Domestik

Selain international flight, kami sediakan juga penerbangan domestik dari Istanbuk ke Sanliurfa (return) untuk keselesaan peserta.

Mencuba Makanan Menarik

Di Gazinatep anda berpeluang mencuba pelbag. i makanan yang unik dan kreatif. Ia adalah lokasi gastronomi terkenal.

Tiada bayaran tersembunyi

Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dinyatakan dengan jelas dalam itinerari dan quotation.

Masa Free & Easy di Istanbul

Sebelum ini anda tak puas nak explore Istanbul? Ya kami berikan anda masa untuk berjalan sekitar Istanbul.

Hari 1

KLIA – ISTANBUL (MOB) Berkumpul di KLIA empat jam sebelum masa penerbangan. Berangkat ke Istanbul Airport Setibanya di Istanbul, kita akan daftar masuk ke hotel dan bermalam di Istanbul.

ISTANBUL - DIYABAKIR - SANLIURFA (SP) Pada pagi hari, kita akan bertolak menuju airport Istanbul ke Diyabakir dan menziarahi Masjid Ulu, salah satu masjid terbesar dan paling bersejarah di Diyarbakır, dibina pada abad ke-11 semasa pemerintahan Seljuk terkenal dengan seni binanya yang menggabungkan unsur-unsur Islam dan peradaban Anatolia. Terdapat mimbar batu yang sangat unik dan ruang sembahyang yang luas. Selepas makan tengah hari,kita akan ke tembok Diyarbakır (Diyabakir Surlari) , tembok purba yang terbesar dan terbaik yang masih wujud di dunia. Tembok ini sepanjang lebih 5 km dan mengelilingi bandar lama. Dibina pada zaman Romawi dan telah diperkuatkan pada zaman Uthmaniyyah. Tembok ini adalah ke-2 terpanjang di dunia selepas Tembok Besar China. Kita boleh berjalan di sepanjang tembok ini dan menikmati pemandangan bandar serta pemandangan Sungai Tigris. Setelah selesai kita akan ke Sanliurfa dan bermalam di sana.

SANLIURFA TOUR (SP) Pagi ini kita akan menziarahi Bandar Lama Harran, sebuah perkampungan purba yang terkenal dengan rumah berbentuk sarang lebah yang unik dan sejarah yang panjang dalam peradaban kuno. Menziarahi Universiti Islam tertua di Kota Harran (Madrese harran) berusia 1,200 tahun dan berfungsi sehingga kerajaan islam Umayyah. Seterusnya, kita akan menziarahi Makam Nabi Ayub dan Telaga Syifa lokasi suci yang dipercayai tempat Nabi Ayub AS memohon doa. Kemudian, kita akan ke Balıklıgöl (Tasik Ikan Suci) & Halil-ür Rahman Camii – Tasik yang penuh dengan ikan suci, terdapat juga Gua Nabi Ibrahim dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim (AS). DI sebelah petang kita akan ke Bazaar Sanliurfa untuk anda membeli belah makanan dan barang menarik di kawasan sini.

SANLIURFA - GAZIANTEP (SP) Selepas sarapan kita akan ke Halfeti ,perjalan mengambil masa 1 jam 15 minit. Halfeti ialah sebuah bandar kecil yang terletak berdekatan dengan Gaziantep, terkenal dengan keindahan bandar tenggelam akibat pembinaan Empangan Birecik, sebahagian besar Halfeti lama ditenggelami air Sungai Euphrates. Kita akan menaiki Cruise selama 1 jam melewati tasik empangan dan kawasan peninggalan yang ditenggelami air Selepas makan tengah hari, Kita akan menyambung perjalanan ke Gaziantep sekitar 1 jam 30 minit. Setibanya di Gaziantep, kita akan daftar masuk hotel bermalam di Gaziantep

GAZIANTEP - ISTANBUL (SP) Selepas Sarapan, mengunjungi Bazaar Barangan Tembaga dan Kacang pistacio yang terkenal di Bandar lama Gaziantep dan menikmati makan terkenal di Gaziantep, seperti Ciger Kebab (hati lembu) dan Katmer (pastri nipis dengan pistachio dan krim) dan beberapa lagi makanan yang terkenal di bandar Gaziantep. Gaziantep telah diiktiraf oleh UNESCO dalam Rangkaian Bandar Kreatif (Creative Cities Network - CCN) dalam kategori Gastronomi pada tahun 2015. Pada sebelah petang kita akan bertolak pulang ke Istanbul menaiki penerbangan domestik dari Airport Gaziantep. Bermalam di Istanbul

ISTANBUL (SP) Pada pagi hari, kita akan berpeluang sembahyang subuh di Masjid Hagia Sofia dan ziarah kawasa sekitarnya seperti Masjid Sultanahmet (Bluemosque). Selepas bersarapan, anda berpeluang berjalan sendiri di sekitar Old City Istanbul bersama tour leader seperti Grand Bazaar, Spice Bazaar dan Mahmut Pasa Bazaar. Bermalam di Istanbul

ISTANBUL - ISTANBUL AIRPORT - KLIA (SP,MOB) Selepas sarapan, anda bebas berjalan di sekitar Istanbul (Free and Easy) dan boleh berjalan ke Galata Tower, Taksim, Eminonu dll. Berangkat ke lapangan terbang Istanbul bersedia untuk penerbangan pulang. (sekurang-kurangya 4 jam sebelum masa penerbangan)

KLIA (MOB) Tiba di KLIA. Trip tamat dengan membawa memori indah sepanjang trip

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Harga Pakej

Setiap musim ada kelebihannya, oleh itu kami menyediakan pelbagai pilihan tarikh untuk anda.

22-29 April 2025

RM 7,970 /pax

12 - 19 September 2025

RM 7,970 /pax

Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Konsultasi Percuma

Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.

Join Trip Sanliurfa Kami

Happy Traveller

Respon Selepas Travel

Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.

Soalan Lazim

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur. Ornare sit tincidunt sit?

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore .

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore .

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore .

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore .

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore .

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore .

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore .

Scroll to Top
Hubungi Kami

Dapatkan Konsultasi

HQ Jejak Vacation

Travel Consultant - Shafiq

Travel Consultant - Hakim