agensi berlesen & diyakini
Dah Lama Teringin Nak ke Cappadocia? Jom kami bawa anda dalam private trip Istanbul & Cappadocia








Pakej Turki Santai Istanbul & Cappadocia
Pakej Persendirian dengan dua kali penerbangan domestik
- 6 Hari 5 Malam
- Termasuk Penerbangan Domestik
- Bebas Pilih Tarikh
- Bukan Trip Touch n Go
Mengapa Anda Patut ke Turki Dengan Jejak?
Itinerari Santai
Trip ini direka khas untuk keselesaan peserta. Bukan trip touch n go. Jika anda nak custom itinerary juga boleh kami aturkan.
Privasi
Kurang selesa bila trip ramai sangat ? Dalam private trip ini, hanya keluarga anda sahaja yang kami santuni. Ada pengangkutan sewa khas.
Termasuk Penerbangan Domestik
Untuk keselesaan peserta, kami aturkan penerbangan domestik untuk ke Cappadocia. Perjalanan yang sepatutnya 10 jam dengan bas, menjadi hanya 2 jam penerbangan
Tarikh Sendiri
Susah nak dapat cuti? Jangan risau, untuk private trip, kami ikut saja tarikh yang tuan / cikpuan pilih. Jadi anda bebas memilih tarikh.
Hari 1
KLIA – ISTANBUL (--, --, --) Free and Easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan di disambut oleh Tour Leader dan akan di bawa ke Hotel. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej).
Hari 2
ISTANBUL - CAPPADOCIA (SP, --, --) Selepas bersarapan, kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi (OPTIONAL) yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana Kita akan singgah sebentar ke Masjid Hagia Sophia. Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar dan pernah menjadi masjid dan muzium kemudian akhirnya kembali menjadi masjid Seterusnya, kita akan terus bergerak ke lapangan terbang Istanbul untuk ke Cappadocia, menaiki penerbangan domestik selama lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Bermalam di hotel berkonsepkan gua
Hari 3
CAPPADOCIA (SP, MT, --) Aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon panas (pilihan) & ATV motor (pilihan) pada belah petangnya Kita akan ke Red Tour (Open Air Museum, Kota Istana Uchisar, Pasabag Chimneys dan bengkel tembikar Avanos Bermalam di hotel berkonsepkan gua
Hari 4
CAPPADOCIA - ISTANBUL (SP, --, --) Jika hari sebelumnya, anda tidak berpeluang untuk menaiki belon panas (pilihan) disebabkan faktor keselamatan (ribut/angin kencang dll), anda akan diberi peluang kedua untuk menaikinya hari ini. Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan secara pilihan adalah ATV , Balloon Watching, Jeep Safari dan Horse Riding. Selepas bersarapan, anda bebas untuk berjalan di sekitar hotel Bersiap-siap untuk ke Istanbul menaiki penerbangan domestik dari Nevsehir/ Kayseri Airport ke Sabiha/ Istanbul Airport. Kemudian menaiki kenderaan khas terus ke Istanbul. Bermalam di Istanbul.
Hari 5
ISTANBUL (SP, --, --) Selepas sarapan pagi, kita akan berjalan sambil membeli belah di Kapalı Çarşı (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh Seterusnya ke Spice Bazaar. Seterusnya kita akan menaiki Cruise selama 1 jam 30 minit merentasi Selat Bosphorus dan melihat keindahan Istanbul di tepi bukit Bermalam di Istanbul.
Hari 6
ISTANBUL - PULANG (SP, --, --) Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air

Pakej Termasuk
- Penerbangan Domestik
- Private Transport Sepanjang Trip
- Hotel Selesa untuk 5 malam
- Tipping
- Tour Leader berpengalaman di Istanbul
- Tiket Lawatan yang Dinyatakan
- Sarapan Bermula Hari Kedua
Pakej Tidak Termasuk
- Tiket Penerbangan KUL - IST
- Perbelanjaan peribadi
- Porter (tukang angkat beg)
- Takaful Kembara
- Aktiviti Pilihan

Harga Pakej
Setiap musim ada kelebihannya, oleh itu kami menyediakan pelbagai pilihan tarikh untuk anda.
Kenangan Tetamu Kami
Bayangkan anda juga menikmati keindahan bumi Turki yang kaya sejarah dan banyak tempat menarik dengan keluarga tercinta.
Respon Selepas Travel
Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.


Isi Borang di Bawah Untuk Dapatkan Free Consultation Istanbul & Cappadocia
Nak Custom Itinerari Pun Boleh!
