Java Grand Tour Jakarta - Bandung

agensi berlesen & diyakini

KAMI BERPENGALAMAN MENGURUS LEBIH 5000 PESERTA.

Alhamdulillah lebih 200 "5 star review" di Google!

Pakej Jakarta - Bandung
4 Hari 3 Malam

Pakej ke Jakarta - Bandung Yang Selesa dan Tidak Terkejar-Kejar.

Mengapa Anda Patut ke
Jakarta - Bandung Dengan Jejak?

Itinerari Santai

Pakej Jakarta - Bandung ada banyak tempat menarik. Walaupun 4 hari di Jakarta - Bandung, setiap saat dipenuhi keindahan yang sukar dilupakan. Pakej ini bukan pakej yang rushing bertukar hotel setiap hari.

Kumpulan Kecil

Kurang selesa bila trip ramai sangat ? Pakej kami bukan 40 orang, dan bukan 30 orang, tapi hanya terhad untuk 10 orang sahaja satu trip. Menarik kan?

Pakej Lengkap

Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.

Makanan Halal

Makanan di apakej Jakarta - Bandung memang sedap! Kami akan bawa anda merasai makanan tradisi yang sedap dan unik! Yang penting kami pastikan ia benar benar halal.

Tiada bayaran tersembunyi

Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.

Tempat Menarik

Selain dari tempat dengan tarikan alam, kami bawa juga ke tempat yang meenarik, aktiviti santai dan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan.

Itinerari

Perjalanan Trip Jakarta - Bandung ini kami reka khas untuk keselesaan semua peserta.

Hari 1

JAKARTA - BANDUNG (MT, MM) Setibanya anda di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta, anda akan disambut oleh wakil kami sebelum bertolak ke Bandung menaiki Whoosh Bullet Train dari Stesen Kereta Cepat Halim ke Stesen Padalarang dengan perjalanan sekitar 45 minit. Tiba di Bandung, anda akan dibawa membeli-belah di Pasar Baru Square yang terkenal dengan pelbagai kain, tekstil, batik dan cenderahati menarik. Seterusnya, nikmati suasana santai di Braga Street, sebuah jalan ikonik yang dipenuhi bangunan kolonial, kafe dan butik unik. Kemudian, daftar masuk hotel dan bermalam di Bandung.

BANDUNG (S, MT, MM) Selepas sarapan di hotel, perjalanan diteruskan ke kawasan Ciwidey yang terletak sekitar 1.5 hingga 2 jam dari pusat Bandung. Lawatan dimulakan ke Kawah Putih, sebuah tasik kawah gunung berapi yang terkenal dengan air berwarna kebiruan serta suasana berkabus yang unik. Seterusnya, nikmati keindahan Rancabali Tea Plantation dengan pemandangan ladang teh menghijau yang sesuai untuk bergambar. Anda juga berpeluang berehat di kawasan Kawah Rengganis/Hot Spring sambil menikmati kolam air panas semula jadi serta mencuba pengalaman menaiki Keranjang Sultan. Perjalanan diteruskan ke Glamping Lakeside untuk bergambar di kapal Pinisi sambil menikmati panorama tasik dan hutan yang menenangkan. Sebelum pulang, anda akan dibawa membeli-belah sama ada di Alla Moda Textile yang terkenal dengan pelbagai pilihan kain serta tempahan pakaian siap dalam 1–2 hari, atau di Win Perfume yang menawarkan pelbagai jenis parfum mampu milik dengan haruman inspired daripada jenama terkenal.

BANDUNG (S,MT, MM) Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke kawasan Lembang yang terkenal dengan udara nyaman dan keindahan alam semula jadi. Destinasi pertama ialah Lodge Maribaya, tempat anda dapat menikmati suasana hutan yang menyegarkan serta pelbagai aktiviti outdoor seperti sky tree, gantole dan zip bike. Seterusnya, kunjungi Orchid Forest yang terkenal dengan jambatan gantung bercahaya Wood Bridge serta taman bunga yang indah. Perjalanan diteruskan ke Floating Market, sebuah pasar terapung unik yang menawarkan pelbagai makanan tempatan yang dijual dari atas perahu. Anda juga akan dibawa ke Dusun Bambu, kawasan eko-pelancongan dengan panorama hijau, tasik yang tenang dan restoran berkonsepkan alam semula jadi. Pada waktu malam, nikmati makan malam istimewa di Restoran Sunda Kampung Daun Culture Gallery & Cafe yang terkenal dengan suasana kampung yang damai dan menenangkan. Sebelum kembali ke hotel, anda akan dibawa membeli-belah ole-ole Bandung di Kartika Sari yang terkenal dengan brownies kukus dan kuih tradisional, serta Tiga Rasa atau kedai oleh-oleh popular lain. Kemudian, kembali ke hotel dan bermalam di Bandung.

BANDUNG - JAKARTA (B, L) Selepas bersarapan di hotel, anda akan singgah membeli-belah di sekitar Kota Bandung sebelum memulakan perjalanan menuju ke Jakarta dengan kereta persendirian. Sebagai pilihan tambahan, anda juga boleh memilih untuk bertolak lebih awal ke Jakarta dengan menaiki Panoramic Train pada jam 5.00 pagi dengan pembelian tiket tambahan, sambil menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan serta kemudahan kelas premium yang lebih selesa. Setibanya di Jakarta, aktiviti membeli-belah diteruskan di lokasi popular seperti Thamrin City, Plaza Indonesia atau PIK by The Sea. Di akhir perjalanan, anda akan terus dibawa ke Lapangan Terbang Jakarta untuk penerbangan pulang ke Malaysia mengikut waktu penerbangan masing-masing.

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Harga Pakej

Trip untuk pakej persendirian

2 Dewasa

RM 1,570 /pax

3 - 4 Dewasa

RM 1,270 /pax

5 - 10 Dewasa

RM 1,170 /pax

11 - 17 Dewasa

RM 1,070 /pax

18 - 20 Dewasa

RM 970 /pax

Kenangan Tetamu Kami

Bayangkan anda turut menikmati keseronokan trip Jakarta - Bandung yang terkenal dengan gabungan suasana moden kota metropolitan dan keindahan alam semula jadi yang menyenangkan, lengkap dengan syurga membeli-belah, makanan menarik serta pengalaman menaiki kereta api laju Whoosh yang ikonik.

Respon Selepas Travel

Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.

Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Konsultasi Percuma Trip Jakarta - Bandung

Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.

Ya, saya sudah bersedia!

Happy Traveller

Soalan Lazim

Harga Pakej Full Board ke ?

Ya, pakej kami full board tanpa kos tersembunyi. Kami uruskan semuanya untuk anda.

Ya, jangan risau, tipping pun dah termasuk.

Kami pastikan makanan semuanya halal untuk tetamu kami. InsyaAllah makanannya pelbagai dan enak !

10 orang. Kami akan beri bas 40 seater untuk anda.

Ya, Bosnia adalah negara yang pernah perang. InsyaAllah keadaan kini stabil dan selamat

Kerana kami mahu tetamu bercuti dalam keadaan tenang, bukan terkejar-kejar. Jadi kami had hanya 3 negara saja. # negara yang sangat cantik dan penuh tarikan.

Ya boleh. Kami tiada sistem khas untuk ansuran, tetapi anda boleh membuat beberapa kali bayaran dengan syarat, semuanya selesai 45 hari sebelum penerbangan.

Scroll to Top
Hubungi Kami

Dapatkan Konsultasi