
Balkan ni negara apa sebenarnya?
Sebenarnya, negara Balkan merujuk kepada negara-negara yang terletak di Semenanjung Balkan, iaitu kawasan di tenggara Eropah yang dibatasi oleh Laut Adriatik di barat, Laut Lonian di barat daya, Laut Aegean di selatan, dan Laut Hitam di timur. Semenanjung ini mendapat namanya daripada Pergunungan Balkan yang merentasi Bulgaria dan Serbia.
Negara-negara di Semenanjung Balkan
Negara yang biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada Balkan ialah:
- Albania
- Bosnia dan Herzegovina
- Bulgaria
- Croatia (sebahagian)
- Greece
- Kosovo
- Montenegro
- Macedonia Utara
- Romania (sebahagian)
- Serbia (sebahagian)
- Slovenia (sebahagian)
- Turki (bahagian Eropah, termasuk Istanbul)
Balkan sering dikaitkan dengan sejarah peperangan dan ketidakstabilan politik, tetapi kini banyak negara di rantau ini semakin membangun dan menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah (EU) serta NATO.
Nak tahu apa yang boleh buat dekat Balkan? Baca pautan seterusnya..
Jom travel ke Balkan dengan pakej Balkan’s Serenity Jejak !