Nak Travel Santai ke Danang ? Jom Kami Uruskan Semuanya!
agensi berlesen & diyakini
Pakej Da Nang
Tak perlu lagi pening untuk fikirkan itinerari, transport, dan hotel. Biar kami aturkan percutian anda
- Private Trip
- 4 Hari 3 Malam
- Ground Full Board
- Bebas Pilih Tarikh
- Makanan Halal
- Pakej Muslim
Lebih 10 Tahun Pengalaman
Kami telah membawa lebih 200 rombongan ke Turki , Balkan, Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara sejak 2013 . Kami menguasai selok belok perjalanan bagi membolehkan anda tidak perlu risau lagi sepanjang percutian anda!
Berdaftar dan Berlesen
Tak perlu ragu. Kami berdaftar secara sah dengan MOTAC.Anda boleh semak sendiri no lesen kami di i laman sesawang MOTAC .
Tour Guide Berpengalaman
Kami memiliki tim tour leader terlatih yang siap melayani Anda. Banyak peserta memberikan feedback positif tentang tour guide kami yang ramah dan sangat membantu.
Pakej Lengkap
Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.
Itinerari Menarik
Di setiap negeri di Vietnam yang kami bawa, ada tarikan tersendiri. Pasti membuatkan anda tertarik dan gembira!
Tiada bayaran tersembunyi
Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.
Makanan Halal
Makanan Halal terhad di Vietnam. Jangan pening, kami sudah aturkan makanan halal sepanjang trip anda.
Hari 1
DANANG CITY TOUR (--, MT, MM)
Ketibaan anda akan disambut oleh wakil kami sebelum memulakan lawatan ke beberapa lokasi menarik di bandar ini.
Lawatan dimulakan di Bien Dong Park, sebuah taman berhampiran pantai yang menawarkan suasana tenang, landskap menghijau dan patung merpati putih yang melambangkan keamanan. Diikuti, My Khe Beach pantai terkenal di Da Nang yang mempunyai pasir putih dan air laut biru jernih, sesuai untuk bersantai dan bergambar.
Lawatan diteruskan ke Love Lock Bridge yang terletak bersebelahan Sungai Han, sebuah jambatan romantik yang menjadi lokasi popular untuk bergambar. Pada waktu malam, nikmati pemandangan Dragon Bridge, mercu tanda ikonik berbentuk naga yang menampilkan pertunjukan api dan air pada malam Sabtu dan Ahad.
Hari 2
BANA HILLS (S, MT, MM) Lawatan dimulakan dengan mengunjungi Perkampungan Nelayan (Fishing Village) untuk menyaksikan kehidupan tradisional nelayan Vietnam, bot-bot kayu berwarna-warni dan aktiviti harian penduduk tempatan.
Seterusnya, kunjungi Son Tra Mountain (Monkey Mountain) untuk menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah sebelum meneruskan lawatan ke Han Market, pasar tempatan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan ringan, pakaian dan cenderamata.
Akhiri lawatan di Ladang Kelapa Air (Coconut Forest), Cam Thanh, Hoi An dengan menaiki perahu bulat tradisional menyusuri terusan sempit sambil menikmati pertunjukan mendayung dan aktiviti menarik bersama penduduk tempatan.
Hari 3
BA NA HILLS (SP, MT, MM) Perjalanan menuju ke Ba Na Hills, destinasi pelancongan popular di Da Nang yang terkenal dengan udara sejuk dan pemandangan pergunungan yang indah. Nikmati pengalaman menaiki kereta kabel sambil mengagumi panorama alam semula jadi.
Lawatan diteruskan ke Golden Bridge, jambatan ikonik yang disokong tangan gergasi, sebelum menerokai French Village yang menampilkan seni bina klasik Perancis serta Nine Flower Garden yang dihiasi bunga berwarna-warni.
Seterusnya, kunjungi Fantasy Park, taman hiburan dalaman yang menawarkan pelbagai permainan dan tarikan menarik untuk seisi keluarga. Makan tengah hari buffet halal disediakan di restoran dalam kawasan Ba Na Hills.
Hari 4
AIRPORT (S, --, --) Sarapan pagi di restoran halal sebelum menikmati masa bebas untuk membeli-belah, bersiar-siar atau berehat di hotel. Seterusnya, pemindahan ke lapangan terbang akan diatur mengikut jadual penerbangan. Pulang dengan membawa kenangan indah sepanjang percutian di Da Nang.
Pakej Termasuk
- Penginapan: Hotel 4 bintang atau setaraf untuk 3 malam
- Makan Halal 3 Kali Sehari
- Tour Guide Tempatan
- Perahu bulat tradisional
- Tiket Lawatan : seperti yang dinyatakan di dalam itinerari
- Pengangkutan Selesa & Air mineral
- Kereta Kabel ke Bana Hills & Buffet Halal
Pakej Tidak Termasuk
- Tiket Penerbangan KUL - Pergi & balik
- Aktiviti (optional)
- Perbelanjaan Peribadi
- Takaful Kembara (wajib ambil)
- Tipping
Harga Pakej
Kami menyediakan pelbagai harga dengan pakej tersendiri mengikut bilangan peserta
Rakamkan Pengalaman Anda
Da Nang terkenal dengan pantai yang cantik, tarikan alam semula jadi dan tempat menarik seperti Ba Na Hills serta Golden Bridge!
Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Free Consultation
Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.
Ya, saya sudah bersedia!
Happy Traveller
Respon Selepas Travel
Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.
I was on Yunnan Grand Tour from July 3rd to 9th. It's an amazing and eye-opening experience for me. I would definitely recommend it to everyone!
Maszidah Rasip
Tetamu Yunnan Trip
Private trip for our family to Padang and Bukittinggi took place from 24 to 27 June 2025. The trip was well organized from A to Z by Jejak Vacation. The tour guide was very knowledgeable and all the places visited were very well explained. He also practiced a very safe and defensive driving method when driving us around throughout the whole journey. Foods were superb and with the authentic Minang taste from day one till end of trip
Puan Mona Liza Anwar
Private Padang Bukittinggi Tour