Nak travel ke Jogjakarta Tapi Tak Nak Trip Touch n Go ? Sertai Kami ke Jogjakarta, Indonesia.
agensi berlesen & diyakini
KAMI BERPENGALAMAN MENGURUS LEBIH 5000 PESERTA.
Alhamdulillah lebih 200 "5 star review" di Google!
Pakej Jogjakarta 4 Hari 3 Malam
Pakej ke Jogjakarta Yang Selesa dan Tidak Terkejar-Kejar.
- 4 Hari 3 Malam
- Fullboard
- Bukan Touch n Go
Mengapa Anda Patut ke Jogjakarta Dengan Jejak?
Itinerari Santai
Jogjakarta ada banyak tempat menarik. Rugi kalau singgah sekejap saja di Jogjakarta. Pakej ini bukan pakej yang rushing bertukar hotel setiap hari.
Kumpulan Kecil
Kurang selesa bila trip ramai sangat ? Pakej kami bukan 40 orang, dan bukan 30 orang, tapi hanya terhad untuk 25 orang sahaja satu trip. Menarik kan?
Pakej Lengkap
Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.
Makanan Halal
Makanan Jogjakarta memang sedap! Kami akan bawa anda merasai makanan tradisi Jogjakarta yang sedap dan unik! Yang penting kami pastikan ia benar benar halal.
Tiada bayaran tersembunyi
Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.
Tempat Menarik
Tempat dengan penuh tarikan alam, kami bawakan ke tempat yang menyimpan menarik seperti Pantai Parangtritis, Bukit Panguk, Hutan Pinus, Pantai Timang dan lain lain lagi. Menarik untuk tahu sejarah mereka.
Itinerari Trip A
Perjalanan Trip Jogjakarta Santai ini kami reka khas untuk keselesaan semua peserta.
Hari 1
Penerbangan dari KLIA ke Yogyakarta (YIA) (Pagi). Bertolak ke Pule Payung untuk melihat pemandangan gunung ganang yang indah. Setelah itu, berangkat ke Sungai Mudal yang mempunyai air kebiruan yang jernih dan suasana yang tenang.
Hari 2
Selepas sarapan, bertolak ke Gua Pindul untuk aktiviti air sebelum ke Pantai Timang. Anda akan menaiki jeep untuk ke Pantai Timang dan setelah tiba di kawasan pantai, ada aktiviti pilihan untuk menaiki gondola. Kemudian, terus menuju ke Heha Sky View untuk makan tengahari (perbelanjaan sendiri), lalu bertolak ke Pinus Pengger untuk bergambar. Pulang ke hotel
Hari 3
Selepas sarapan, kita akan melakukan aktiviti Merapi Lava Tour iaitu menaiki jeep melihat pemandangan gunung Merapi dan sisa peninggalan tragedi letusan gunung berapi pada tahun 2010. Seterusnya, bertolak ke Stonehenge sebelum ke Candi Plaosan, kemudian ke Obelix Hills. Pulang ke hotel.
Hari 4
Selepas check-out dari hotel, bertolak ke Tamansari, sebelum ke Malioboro untuk membeli oleh-oleh. Akhir sekali, bertolak ke Lapangan Terbang Yogyakarta untuk pulang ke tanah air.
Itinerari Trip B
Perjalanan Trip Jogjakarta Santai ini kami reka khas untuk keselesaan semua peserta.
Hari 1
Penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Yogyakarta (YIA). Bertolak dari airport ke Gumuk Pasir untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menaiki jeep (optional) sebelum menuju ke Pantai Parangtritis. Check-in hotel.
Hari 2
Kita akan melihat terbitnya matahari seawal 5 pagi di Bukit Panguk (perlu mendaki) sebelum bertolak ke Hutan Pinus untuk bergambar. Kemudian, kita akan menuju ke Pantai Timang dengan menaiki jeep dan melakukan aktiviti menaiki gondola (optional) sebelum ke Heha Sky View. Pulang ke hotel
Hari 3
Selepas sarapan, kita akan bertolak ke Merapi Lava Tour untuk menaiki jeep melihat pemandangan yang cantik dan mempelajari sejarah tragedi letusan gunung berapi yang berlaku pada tahun 2010, sebelum menuju ke Bhumi Merapi untuk bergambar. Trip diteruskan dengan bertolak ke Candi Borobudur yang penuh dengan sejarah. Akses untuk naik ke atas bahagian candi adalah pilihan. Kemudian bergerak ke Malioboro sebelum pulang ke hotel.
Hari 4
Setelah check-out dari hotel, kita akan menuju ke Tamansari serta Beringharjo, sebuah pasar tradisional yang ikonik, yang terletak di Malioboro. Akhir sekali, bertolak ke Lapangan Terbang Yogyakarta untuk pulang ke tanah air.
Jogjakarta Trip A
Pakej Termasuk
- Pengangkutan (Private)
- Hotel 3 Bintang + Sarapan
- Pemandu Pelancong
- Bayaran Tiket Masuk
- Photographer Pada Hari Kedua & Ketiga
- Jeep Pantai Timang
- Jeep Merapi (Short)
- Mineral Water
Pakej Tidak Termasuk
- Optional Activities
- Tiket Penerbangan
- Makan Tengahari & Malam
- Gondola di Pantai Timang
- Perbelanjaan Peribadi
- Lain-lain : Travel Insurance
Jogjakarta Trip B
Pakej Termasuk
- Pengangkutan (Private)
- Pemandu Pelancong
- Bayaran Tiket Masuk
- Mineral Water
- Photographer Pada Hari Kedua & Ketiga
- Jeep Pantai Timang
- Jeep Merapi (Short)
Pakej Tidak Termasuk
- Optional Activities
- Tiket Penerbangan
- Makan Tengahari & Malam
- Gondola di Pantai Timang
- Perbelanjaan Peribadi
- Lain-lain : Travel Insurance
Kenangan Tetamu Kami
Bayangkan anda juga menikmati keindahan Jogjakarta, Indonesia yang kaya sejarah dan banyak tempat menarik.
Respon Selepas Travel
Ramai yang sudah menikmati pakej yang kami telah susun secara terperinci. Jom rakamkan pengalaman anda juga.
Terima kasih Jejak dan Mr Adnan kerana menguruskan trip kami ke Bosnia. Trip yang sangat best dan amazing! InsyaAllah nak datang lagi ke Bosnia
Cikpuan Izzati Zahrul Lail
Tetamu Trip Bosnia 2024
Special thanks to Jejak and our Host Brother Fikrid and Adnan. We had an awesome Bosnian experience. Everything was arranged nicely according to our needs. Thank you for the wonderful memories!
Sirajunnisha Abdul Wahab
Tetamu Trip Bosnia 2023
Isi Borang di Bawah dan Dapatkan Konsultasi Percuma Trip Jogjakarta
Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membimbing anda secara profesional dan mesra.
Jom ke Jogjakarta dengan Jejak
Happy Traveller